Friday, April 22, 2011

Maxideas Enterprise mengambil bahagian bersempena Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,


Seperti yang dihebahkan oleh media cetak,mahupun elektronik..pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa akan berlangsung pada hari ini iaitu Jumaat bersamaan 22hb APRIL 2011 - 1hb MEI 2011 bertempat di PWTC bersebelahan hotel Seri Pacific dan berhadapan dengan Hotel Legend.Pesta tersebut akan bermula seawal 10 pagi - 9 malam.

Syukur yang teramat sangat kerana dengan limpah kurnianya Maxideas Enterprise berjaya mengambil bahagian di dalam sebuah pesta gergasi yang memang selalu di nantikan oleh pencinta buku.

Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 akan berada di booth B64...ARAS 3 PWTC berhadapan dengan escalator ( tangga bergerak ).Seandainya anda berhasrat untuk datang ke pwtc,kami mengalu-alukan kehadiran anda ke booth kami untuk mendapatkan penerangan secara percuma berkenaan Perisian CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Diharapkan kehadiran anda membakar semangat kami untuk membantu & mendidik agar kita menghargai dan memperkasakan bahasa ibunda agar tidak hilang di telan zaman.Disamping itu dengan adanya pesta sebegini dapat menggalakkan minat membaca dalam setiap diri individu.

Sekian,Terima Kasih!

" Sesungguhnya ilmu itu tidak datang sendiri seandainya kita yang telah dikurniakan akal tidak memanfaatkannya.. "

Regards,
Nadiah