Friday, September 9, 2011

Kami akan ke Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM )

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dalam kesempatan Syawal yang mulia ini saya selaku Peneraju utama MAXIDEAS ENTERPRISE menyusun jari andai terkasar bahasa sama ada secara langsung atau pun tidak,dan semoga kalian halalkan segalanya semasa urusan jual beli dilakukan.

Seperti yang saya beritahu di dalam entri sebelum ni bahawa kami akan meneruskan perjalanan kami bagi mempromosikan produk Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Dan kali ini kami memilih untuk pergi ke Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM ) di Parit Raja,Batu Pahat Johor.Siri jelajah promosi kami akan bermula pada minggu hadapan bersamaan 12hb September 2011 - 16hb September 2011 ( Isnin - Jumaat ) seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Jadi kepada anda yang telah membaca informasi terkini ini,segeralah mencanangkan kepada semua tentang kehadiran pihak kami kepada semua yang berada sana.


Jumpa anda disana!


" Semoga sillaturahim yang bakal terkjalin diberkatiNYA "


Ikhlas,
Cik Nad