Saturday, March 9, 2013

2013 menyapa...

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji-pujian ke hadrat ALLAH SWT serta KekasihNYA Nabi Muhammad Saw.

Hampir setahun lebih aku telah mengabaikan ruangan aku di sini dan nyata masih ada lagi insan yang sudi singgah untuk melihat apa yang 'terbaru' dariku..hehe :p Syukur alhamdulillah aku masih lagi menjalani kehidupan seperti biasa.Segalanya serba sederhana,Syukur!

Selama aku menyepi,aku lebih suka mendiamkan diri..aku hanya mendengar dan memerhati.Setiap hari adalah berbeza,bukan sekadar tarikh dan masanya saja tapi pelbagai emosi yang telah aku saksikan.Ya!Tahun lepas iaitu 2012 tahun yang penuh dengan cabaran,dari awal hingga ke penghujung!muhasabah diri adalah pilihan dan jalan yang terbaik.Senyum sajalah..itu adalah penawar yang mujarab!

2013 sudah menjengah kepada suku tahun pertama,ternyata hari silih berganti terlalu cepat seolah-olah sudah tahu mana hala tujunya..mungkin dunia sudah tua agaknya.

Semoga kekecohan di lahad datu,sabah berakhir dengan cepat agar tiada lagi manusia yang terkorban kerana KUASA sementara.Dan semoga pilihanraya yang akan datang juga tidak menimbulkan sesuatu yang terlalu negatif dalam sejarah Malaysia.

Selamat berhujung minggu!

Ikhlas,
Cik Nad.