Sunday, November 8, 2009

How to be a best friend?

1. Be loyal to your best friend and trust him / her.

2. When your best friend falls down, cheer him / her up.

3. Be a good listener to your best friend and give him / her the best advice you can.

4. Be trustworthy to your best friend and don't gossip about or upset your best friend.

5. Stick up for your best friend.

6. Spend time with your best friend.

7. Be yourself around your best friend and go through thick and thin together.

8. Care for your best friend.

9. Do not expect your best friend to always be there, or to say the thing you want to hear.

10. Share laughs with your best friend.

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata,"Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu.Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan danPemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.Jangan.jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah.Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa.Nah carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Saturday, November 7, 2009

You're perfect and so is this love that we share!

All I ever wanted was to be in your heart,
And for us to be together, and never be apart.
When you are sad, I will dry your tears
When you are scared, I will comfort your fears
No one else in the world can ever compare,
You're perfect and so is this love that we share.
We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.
I promise to give you all I can give,
I will do anything for you as long as I live.
When you need love, I will share
When you are sick, I promise I will care
In your eyes I see our present, our future and past,
By the look in your eyes I know we will last.
I hope that one day you will realize,
How perfect you are when seen in my eyes.
Now the time has gone by, in laughs and tears,
These days I will remember, for years and years.
Those memories we have, will never fade,
Because these are the steps, that we have made.
But that was the past, the future is near,
And I just cannot wait, for what will appear.
I will take care of you and treat you right
I will lay by your side even when we fight
The dreams I have, that all involve you,
the chances I see and everything we can do.
I could go on for days, telling you what I feel,
but all you have to know is my love for you is real.

Friday, November 6, 2009

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amalperbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya.Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa kelangit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,"Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku,sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Thursday, November 5, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang,tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringanmereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman,maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Iniadalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat NabiMuhammad S.A.W.Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan.Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain.Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya,sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walaupun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.

"Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama,orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid,pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Wednesday, November 4, 2009

Khaulah sayang kepada suaminya

KHAULAH binti Hakim adalah isteri kepada seorang pemimpin kaum Muhajirin. Suaminya bernama Usman bin Madzun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu as-Saib dan Abdurrahman. Khaulah adalah antara wanita yang awal memeluk Islam.

Khaulah memainkan peranan penting dalam kehidupan Nabi Muhammad selepas Siti Khadijah meninggal dunia.

Khaulah berusaha mengembirakan hati Nabi Muhammad. Siti Khadijah adalah isteri Nabi Muhammad. Kematian Siti Khadijah menyebabkan Nabi Muhammad menjadi sedih dan pilu.

Bagi menggembirakan Nabi Muhammad, Khaulah telah memberikan cadangannya. Khaulah mencadangkan supaya Nabi Muhammad mencari pengganti Siti Khadijah. Akhirnya Khaulah berjaya melamar Saudah dan Aisyah sebagai isteri Nabi Muhammad.

Khaulah begitu dihormati oleh Nabi Muhammad. Dia juga adalah wanita yang bijak bersastera dan fasih berkata-kata. Dia begitu terkenal dengan syairnya yang indah-indah.

Semasa hidupnya, Khaulah telah melaporkan sebanyak 15 buah hadis daripada Nabi Muhammad. Khaulah sangat terkenal di kalangan isteri-isteri Nabi Muhammad. Khaulah sering menziarahi isteri-isteri Nabi Muhammad.

Pada suatu hari, Khaulah datang ke rumah isteri Nabi Muhammad. "Saya lihat wajah awak kusam. Diri awak pula tidak secantik hari-hari lain. Mengapa?" tanya isteri Nabi Muhammad.

Khaulah tidak menjawab. Kemudian dia duduk disebelah isteri Nabi Muhammad.

"Cuba awak lihat pakaian awak ini. Nampaknya sudah lusuh dan koyak. Bukankah suami awak itu orang kaya?" tanya isteri Nabi Muhammad.

Tiba-tiba Khaulah berkata, "Saya tidak kisah dengan semua itu. Masalah yang saya hadapi ini tidak ada kena mengena dengan kekayaan suami saya."

"Jika itu bukan halnya, mengapa awak bermuram sahaja?" tanya isteri Nabi Muhammad.

"Saya memikirkan hal suami saya. Pada malam hari, suami saya tidak henti-henti sembahyang sunat. Pada hari siang pula dia sering berpuasa," jelas Khaulah.

Berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad bertindak serta merta berjumpa dengan suami Khaulah.

"Wahai Usman, awak telah membuat hati isteri awak kecewa. Dirinya tidak terurus kerana memikirkan hal diri awak," kata Nabi Muhammad.

Suami Khaulah mendengar penjelasan Nabi Muhammad. Lalu suaminya bertanya, "Apa yang tidak kena dengan Khaulah? Selama ini kami hidup aman sahaja.

"Nabi Muhammad terus bertanya, "Wahai Usman, awak berpuasa setiap hari dan sembahyang sunat pada setiap malam?"

"Ya. Saya melakukan semua amal ibadat itu hanya untuk beribadah kepada Allah," jawab Usman.

Nabi Muhammad mendengar penjelasan Usman lalu berkata, "Usman, awak ikut seperti saya. Jangan awak terus-menerus berpuasa setiap hari. Begitu juga dengan sembahyang malam. Anggota badan awak ada hak terhadap awak. Isteri awak ada hak terhadap awak. Keluarga awak juga ada hak terhadap diri awak. Awak perlu tidur, sembahyang dan berbuka. Awak perlu penuhi tuntutan hak itu."

Usman berasa insaf dan sedar atas tindakan yang dilakukan terhadap isteri dan keluarganya. Dia sedar bahawa dia perlu menunaikan nafkah zahir dan batin serta tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Sejak hari itu Usman mengikuti nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Khaulah pun pergi berjumpa dengan isteri Nabi Muhammad. Pada kali ini kelihatan wajah Khaulah semakin cantik dan gembira.

"Bagaimana keadaan awak sekarang?" tanya isteri Nabi Muhammad kepada Khaulah.

"Alhamdulillah. Sekarang saya rasa aman dan bahagia hidup bersama suami saya," jawab Khaulah.

"Sekarang ini saya lihat awak semakin cantik dan menawan. Pasti suami awak bertambah sayang terhadap awak," kata isteri Nabi Muhammad mengusik Khaulah.

Mereka tersenyum bersama-sama. Khaulah adalah wanita yang baik. Siti Aisyah melaporkan bahawa wanita yang menawarkan diri kepada Nabi Muhammad untuk dikahwininya ialah Khaulah binti Hakim. Dia adalah wanita mukminah seperti yang dijelaskan dalam surah al-Ahzab ayat 50.

Monday, November 2, 2009

24 jam yg sgt bererti sebelum&setelah menjengah ke angka 25!

Assalamualaikum,

ALHAMDULILLAH,segala puji bagi ALLAH serta junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW..kpd keluarga BAGINDA,Para Sahabat,Para Nabi&Rasul serta Para Anbia.Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kerna masih lg bernafas sehingga saat ini (2 nov/2.38 am)...sewaktu tercoretnya warkah ini aku dlm keadaan yg sedikit kepenatan dek kerana ' 24 jam yg sgt bererti sebelum&setelah menjengah ke angka 25 ' ..!!!

Aku di anugerahkan suatu perjalanan hidup yg tk selalunya indah,tak bererti aku tdk bersyukur atau pun kuat mengomel ttg suratan takdir.Dan aku juga di anugerahkan persekitaran yg seimbang bg membolehkan pemikiran ini 'dewasa' seiring dgn usia.YA!Usiaku telah bertambah semalam (1 Nov) dan angka tepatnya ialah 25 Tahun,atau dlm erti kata lain suku abad.

Sebulan sebelum hari semalam aku telah di minta agar mengosongkan jadual aku utk meraikan hari lahirku bersama para sahabat.Dan ALLAH telah memanjangkan usiaku agar hari semalam menjadi nyata.Aku telah di bawa ke sebuah hotel bertaraf 5 Bintang pada mlm sebelum hari lahirku.Hanya dua patah perkataan yg lahir dari hati yg plg dalam iaitu 'Terima Kasih' ku tujukan khasnya buat sahabat baikku sedari sekolah rendah iaitu Farah Diyana Ismail aka Fd dan kekasih hatinya Ungku Hafriz Izzat aka Apit kerana sudi meluangkan waktu emas kalian hanya utk bersama-samaku.Tak lupa juga kpd Ayg,Syanty&Hajar yg memeriahkan lagi keadaan utk hari yg tk sepertinya.Kpd yg menghantar sms/rakaman suara/mms/ym/fb..ku ucapkan juga terima kasih di atas ingatan dan doa kalian.Teristimewa utk keluarga yg sentiasa memberi sepenuh perhatian ku ucapkan juga sembah terima kasih utk segala-galanya!

Rasanya tk perlulah aku nyatakan hadiah jenis apakah yg aku dpt,tetapi Perasaan yg aku rasa itulah yg terpenting bg melalui hari semalam.aku terharu/terkesima/terkejut dan segala mcm 'TER'...kerana masih ada insan yg sudi menghargai hari kejadianku!Aku terfikir..Apa lagi yg aku mahukan?apa lg yg aku harapkan?APA LAGI?Segalanya telah melengkapkan 'hari' itu.Hargailah setiap jenis perhubungan yg ada.Sesungguhnya tidak ada tolok bandingnya walau di gantikan dgn setinggi gunung jongkong emas jika mahu di bandingkan.Hargailah setiap detik dan saat,kerana itu adalah pengalaman dan memori indah yg tk mungkin luput dlm ingatan!

Ku sudahi dgn kalimat ALLAH memberi selamat ke atas kalian!

Yakiniku,
Cik Nad