Sunday, March 20, 2011

" Kita hanya manusia biasa..bukan manusia yang serba tahu! "

ALLAH memberi selamat ke atasmu,

Aku mengintai keadaan di luar rumah,aku terlihat sang bulan...bulan masih lagi terang..masih lagi penuh bercahaya.Jam menunjukkan pukul 6 pagi..dan ketika ini azan subuh sedang berkumandang,memecah kesunyian dengan harapan semua pemimpi-pemimpi yang setia terjaga dari lena untuk menyembah yang SATU.

" Kita hanya manusia biasa..bukan manusia yang serba tahu! "..aku teringat dialog drama yang aku tonton malam tadi.Membuatkan aku terpikir setelah ayat itu berlalu di halwa telingaku.Kalimat biasa,tetapi...mendalam sungguh pengertiannya.

Malam mingguku sangat ringkas minggu ini.Hanya bersama keluarga dan 'mengeteh' bersama seorang teman rapat.Hujan gerimis,aku pergi menemui temanku..aku lihat jam,telahpun melewati jam 1 pagi.Pelbagai karenah khalifah yang kami bincangkan..tentang diri,tentang situasi,tentang hati dan pelbagai.Boleh saja aku memilih untuk pergi berdansa bersama yang lain.Akan tetapi aku memilih untuk menjadi seringkasnya hari ini.

Baru-baru ini,dunia digemparkan dengan musibah tsunami&gempa bumi yang melanda di Jepun..sokongan ikhlasku pada mereka,bertahanlah matahari terbit!Semoga ALLAH melindungi kalian.

Berita demi berita aku amati..semuanya Politik..aku jelak!Tak cukup lagi agaknya pemberian yang telah dikurniakan.Yang kaya bertambah kaya,yang miskin masih lagi papa..walau di negara sendiri.Berhijrahlah kalau perlu saudaraku!


" Doaku kepada yang MAHA ESA..agar semua yang bernafas di muka bumiNYA ini selamat di sini & di sana..mudah-mudahan! "


Regards,
Nadiah

Thursday, February 10, 2011

Cuti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Minggu yg ' slow ' pada aku setelah seminggu bercuti pada minggu lepas!' MOOD ' kerja pon masih aku perbetulkan...aku rasa ingin menjerit,tp tak terluah!Dan aku masih busy mempromosikan produk perisian CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

But,frankly speaking..i really had fun & great quality time last week!especially bila dpt tgk filem hantu kak limah balik rumah..hahaha...nak2 plak scene pak abu nyanyi " sorry,seems to be the hardest word "..memang aku gelak tk hengat okay!!!!pujian harus diberikan pada sutradara mamat khalid dan tenaga kerja filem itu,pandai dia berkarya,walaupun ada scene2 yg tk masuk akal...tp sebagai manusia biasa..kita tk lari utk berfantasi.

Bulan ni byk kenduri kahwin harus aku pergi,and one of them is my best friend..seorang pecinta yg setia..and seriously am happy for her..sebab tu la mission die utk tahun ni..ahakss :p betullah kata org yg terlebih dulu makan garam,takyah la ko nk bercinta bagai nak rak..susah ke jinjang pelamin..yg tak plan2 sgt ni la yg dulu memasuki ' dunia ' tu!Tapi pada aku..pendirian,tanggungjawab & komitmen la yg penting..utk melangkah ke arah itu.

Capailah impianmu wahai sahabatku..jangan putus asa!

Regards,
Cik Nad.

Thursday, January 27, 2011

Januari berlalu..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rasanya terlalu cepat untuk bulan Januari melabuhkan tirainya!Masih kukuhkah azam yg dicanangkan di hujung tahun lalu ataupun di awal tahun ini?hahaha...jgn tersipu-sipu kerana anda tahu jawapannya! =)

Tiada perkataan yang sempurna dapat ku lontarkan selain dari perkataan ' Alhamdulillah ' syukur yang teramat sangat kerana ALLAH SWT telah pun memudahkan hampir kesemua urusan ku setakat ini..and seriously HE is the GREATEST!!!Sahabat,jangan jemu berdoa,meminta & memohon darinya apa yang kamu mahukan.Kerana DIA Maha Pemberi,DIA jugalah yang Mengabulkan,DIA lah Pengampun & DIA juga Maha Mengasihani.

Aku bukan ' org suci ' yang hanya pandai mengusulkan mahupun berkata-kata.Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman ini..pengalaman berdoa,pengalaman meminta & juga pengalaman memohon.And my advise to all of you guys is,JUST KEEP THE FAITH!!Sekiranya tidak terkabul ataupun termakbul,JANGAN BERHENTI!Biarpun sehingga ke akhir nafas..kerana setiap sesuatu kejadian yang baik&buruk pasti ada alasan yg kukuh.

Aku doakan kalian agar telus&telus dalam menjadi diri sendiri dan doaku agar ALLAH memelihara&memanjangkan umur kepada setiap yang bernyawa!

Regards,
Cik Nad.

Saturday, January 15, 2011

http://maxideascarikata.blogspot.com

Salam,

Dear friends,pls click this & support me...

http://maxideascarikata.blogspot.com

Regards,
Cik Nad.

Thursday, January 13, 2011

CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 telah pun berada di pasaran dgn ciri2 terbaru termasuk JAWI Terjemah pertama di malaysia dgn accuracy 90% & Terjemah di MS Word dalam pelbagai bahasa seperti Malay,English&Arab.Hubungi saya sekiranya anda berminat! 017-240 8409

~ " Teruslah berlari tanpa berhenti,raih Impian & Harapan,baik dalam tangis ataupun tawa.TUHAN melihat Usaha kita..! " ~

Regards,
Cik Nad

Thursday, November 4, 2010

CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan Perisian (Software) CARIKATA E-Kamus 2011 : -

1) Terjemahkan NOTA anda dari 4 bahasa (Melayu/Inggeris/Arab/Cina) ke 10 Bahasa Utama Dunia dgn hanya 1 klik.Nota anda akan segera diterjemahkan.

2) 21 jenis kamus (Kamus Dewan,Eng/Mal,Mal/Eng,Mal/Arab,Pelbagai Istilah DBP,Peribahasa Melayu,Antonim,Sinonim dan sebagainya.

3) Kamus Melayu & Inggeris mempunyai fungsi Suara(Sebutan)

4) Semak Eja automatik dlm Bahasa Melayu

5) E-Pustaka (Himpunan jenis2 surat,pantun,kertas2 soalan ramalan,percubaan dan peperiksaan UPSR,PMR,SPM dlm Bahasa Melayu&Inggeris)

6) Takrif Cepat (mengetahui maksud perkataan dgn hanya 1 klik)

7) Ciri-ciri terbaru termasuk Jawi terjemah pertama di malaysia dgn accuracy 90% dan terjemah di MS WORD bahasa Inggeris,Arab,Melayu,Cina dan sebagainya.

8) 3 user/license diberikan utk memudahkan urusan anda!

9) Harga produk CARIKATA lebih berpatutan dari yang sedia ada di pasaran,di mana hanya perlu di bayar Sekali sahaja.

Yang penting,adalah buatan MALAYSIA =)

Hubungi saya : 017- 240 8409

Anda juga boleh melayari www.amanizcarikata.com utk informasi yg sempurna.

P/S : Sebenarnya saya mencari Pengedar/Agent terus utk membantu mempromosikan produk ini.Secara tk langsung,Anda juga boleh menjana pendapatan melaluinya dan kelebihan skop perkerjaan Anda lebih memudahkan utk produk ini terus berkembang.

Pertimbangan dari pihak Anda amatlah saya hargai.

Regards,
Cik Nad.

Friday, October 22, 2010

http://www.agiftoflife.gov.my/

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masa begitu pantas berlalu tanpa berhenti.Dan aku tidak pernah berhenti utk mencari rezeki.Ilham menyusuri tanpa disedari.Dan hasilnya begitu aku mensyukuri.

Sunyi & senyap tanpa kata,aku tidak berminat utk menitip di ruangan maya dengan omongan nista belaka.Aku adalah Aku..yg masi tercari-cari dalam mencari..seperti produk yg aku jual CARIKATA!

Aku ingin berkempen tentang ' PENDERMAAN ORGAN '...dan aku ingin menyeru pada para sahabat agar mendaftar mendermakan organ kalian di http://www.agiftoflife.gov.my/
Byk nyawa yg kita boleh bantu selepas kita menyahut seruan PENCIPTA!

' Semoga ALLAH memelihara seluruh semesta & angkasa '

Regards,
Cik Nad