Monday, March 29, 2010

PERASAAN & HATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Da lama rasanya jari jemari ini tak ku tarikan dgn penuh 'rasa' dan penghayatan.Mmg benar lately aku benar2 sibuk dgn sillaturrahim & duniawi.Dan saat ini aku terpanggil utk menyinggah dan mengisi petak2 kosong yg telah pon disediakan utk tatapan 'sang setia'!

Aku terpikir mengenai 'PERASAAN'.Sesuatu yg begitu subjektif utk dimengertikan.Bila ianya menyapa,debaran terasa..bila ianya berlalu pergi,kehangatan mengambil tempat.

Aku terpikir mengenai 'HATI'.disitulah letaknya segala sifat yg ada dlm diri manusia!nowadays mmg kebanyakannya mmg mcm HARAM!yesss...H.A.R.A.M!lu pikir la sendiri bak kata sang raja lawak...!!!

Mengapa menyakiti kalau tidak mahu disakiti?Betullah sabda RASULULLAH SAW.."lebih baik diam dari mengeluarkan kata2 yg tdk sepatutnya"...

Regards,
Cik Nad

Thursday, March 25, 2010

Golongan bersyukur dapat rasai nikmat ketenangan jiwa

NIKMAT dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung, dapat disukat dan ditimbang banyaknya. Allah berfirman bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah An Nahl: 18)

Imam Al Ghazali mendefinisikan nikmat sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi - hari akhirat yang kekal abadi. Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah dibahagikan kepada dua iaitu nikmat bersifat fitri atau asasi yang dibawa manusia ketika dilahirkan. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima atau dirasakan sewaktu-waktu. Nikmat bersifat fitri digambarkan Allah dalam firman bermaksud: “Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih.” (Surah An Nahl: 78)

NIKMAT dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung, dapat disukat dan ditimbang banyaknya. Allah berfirman bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah An Nahl: 18)

Imam Al Ghazali mendefinisikan nikmat sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi - hari akhirat yang kekal abadi. Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah dibahagikan kepada dua iaitu nikmat bersifat fitri atau asasi yang dibawa manusia ketika dilahirkan. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima atau dirasakan sewaktu-waktu. Nikmat bersifat fitri digambarkan Allah dalam firman bermaksud: “Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih.” (Surah An Nahl: 78)
Nikmat yang dianggap mendatang ialah segala kenikmatan, kelazatan dan kebahagiaan diterima manusia sepanjang perjalanan hidup termasuk isi alam daripada tanaman, binatang ternakan serta sumber asas yang boleh dimanfaatkan. Firman Allah bermaksud: “Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering). Kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman yang sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. Dan Kami pancarkan kepadanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur.” (Surah Yasin: 31-35)

Lumrahnya, manusia menyedari nikmat kurniaan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang (dicabut oleh Tuhan). Jika matanya rosak sebelah, kaki patah atau tangan kudung, barulah dia merasa nikmatnya mempunyai dua biji mata, kaki dan tangan yang tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat pula berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan.

Syukur ialah mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba adalah nikmat pemberian Allah. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila ia gembira wujudnya nikmat pada dirinya yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil sahaja. Sesungguhnya, bersyukur kepada Allah wajib bagi setiap manusia. Firman Allah bermaksud: “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh menyembah kepada-Nya.” (Surah An Naml: 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat pada tempat bertentangan tujuan penciptaannya adalah mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan dijadikan Allah untuk mempertahankan diri bukan mencederakan atau membinasakan orang lain.

Sikap syukur untuk keuntungan manusia sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur hamba-Nya. Sebaliknya, Allah juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan ingkar ditunjukkan manusia. Allah berfirman bermaksud: “Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.” (Surah An Naml: 40)

Orang yang bersyukur, jiwanya menjadi semakin bersih. Dia bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar nikmat itu kurniaan Ilahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Monday, March 22, 2010

CARIKATA E-KAMUS






Dengan Perisian (Software) CARIKATA E-Kamus : -

1) Terjemahkan NOTA anda dari 4 bahasa (Melayu/Inggeris/Arab/Cina) ke 10 Bahasa Utama Dunia dgn hanya 1 klik.Nota anda akan segera diterjemahkan.

2) 21 jenis kamus (Kamus Dewan,Eng/Mal,Mal/Eng,Mal/Arab,Pelbagai Istilah DBP,Peribahasa Melayu,Antonim,Sinonim dan sebagainya.

3) Kamus Melayu & Inggeris mempunyai fungsi Suara(Sebutan)

4) Semak Eja automatik dlm Bahasa Melayu

5) E-Pustaka (Himpunan jenis2 surat,pantun,kertas2 soalan ramalan,percubaan dan peperiksaan UPSR,PMR,SPM dlm Bahasa Melayu&Inggeris)

6) Takrif Cepat (mengetahui maksud perkataan dgn hanya 1 klik)

7) Mengemaskini secara percuma.

8) 3 user/license diberikan utk memudahkan urusan anda!

9) Harga produk CARIKATA lebih berpatutan dari yang sedia ada di pasaran,di mana hanya perlu di bayar Sekali sahaja.

Yang penting,adalah buatan MALAYSIA =)

Hubungi saya : 017- 240 8409

Friday, March 12, 2010

Kehidupan Nabi Yusuf dalam penjara

NABI Yusuf dipenjarakan bukan kerana mencuri atau membunuh tetapi kerana desakan isteri pembesar Mesir iaitu Zulaikha. Zulaikha mahu Nabi Yusuf dipenjarakan kerana ingin menutup malunya akibat cuba menggoda Nabi Yusuf.

Setelah itu, tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara. Kehidupan baginda lebih tenang dan damai. Di sini hidup baginda tidak lagi diganggu oleh wanita-wanita yang selalu menggoda dan mendorongnya untuk melakukan kejahatan.

Tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Nabi Yusuf tidak ada seorang pun yang tahu. Semua itu ditentukan oleh pihak berkuasa negeri semata-mata.

Bagi Nabi Yusuf, hidup dalam penjara yang gelap dan sempit lebih baik kerana jiwanya tidak tertekan dan terhindar daripada segala godaan serta tipu daya yang akan menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan.

Semasa dalam penjara, Nabi Yusuf dapat menyampaikan dakwah, memberi bimbingan dan nasihat kepada penghuni-penghuni yang lain agar mereka insaf serta tidak melakukan dosa lagi.

Harapan baginda hanya satu, agar orang yang telah melakukan dosa itu akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan sesungguh hati. Bagi mereka yang dimasukkan ke penjara kerana kesilapan pemerintah, Nabi Yusuf telah menyarankan mereka supaya bersabar dan bertakwa kepada Allah supaya kesengsaraan mereka dapat diakhiri dengan cepat.

Pada hari yang sama Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, terdapat dua pegawai istana yang masuk bersama-sama dengannya. Mereka telah berkenalan dengan Nabi Yusuf. Akhirnya mereka telah menjadi sahabat baik dan akrab dalam penjara.

Kedua-dua mereka terlalu sayang dan kasih kepada Nabi Yusuf. Lagipun baginda merupakan seorang yang sangat baik hati.

Pada suatu hari, dua orang sahabat ini telah berkata kepada baginda, "Wahai Yusuf, sesungguhnya kami amat kasih dan sayang kepada engkau".

Nabi Yusuf pun menjawab, "Moga Allah memberi berkat kepada kamu berdua. Lagipun dahulu orang yang menyayangiku akan selalu mendatangkan kecelakaan kepadaku.

"Dahulu saudara perempuanku amat sayang kepadaku, kemudian ia membawa padah terhadapku, kemudian ayahku pula menyayangiku dan ia mengundang sifat cemburu saudara-saudaraku yang lain," jelas Nabi Yusuf.

Kata baginda lagi: "Mereka telah mencampakkan aku ke dalam telaga. Kemudian aku dicintai pula oleh isteri pemerintah maka beginilah jadinya nasibku. Sesungguhnya aku amat bimbang sekiranya ada orang yang menyayangi dan menyintai diriku".

Walaupun Nabi Yusuf berkata begitu, tetapi dua orang sahabat ini masih menyayangi Nabi Yusuf dan berkata, "Meskipun demikian katamu, demi Allah, tidaklah kami sanggup membebaskan diri daripada menyayangi engkau".

Selepas itu mereka pun meneruskan persahabatan seperti biasa selama mana mereka masih tinggal dalam penjara itu.

Friday, March 5, 2010

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada
Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami
beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya,
"Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami,
"Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan
kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami
dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu
itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah,
percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya
kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh
para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah,
hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih
terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu
senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada
waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang
menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini,
maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang
amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir
sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu
katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada
lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?
Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah
kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,,
berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."