All I ever wanted was to be in your heart,
And for us to be together, and never be apart.
When you are sad, I will dry your tears
When you are scared, I will comfort your fears
No one else in the world can ever compare,
You're perfect and so is this love that we share.
We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.
I promise to give you all I can give,
I will do anything for you as long as I live.
When you need love, I will share
When you are sick, I promise I will care
In your eyes I see our present, our future and past,
By the look in your eyes I know we will last.
I hope that one day you will realize,
How perfect you are when seen in my eyes.
Now the time has gone by, in laughs and tears,
These days I will remember, for years and years.
Those memories we have, will never fade,
Because these are the steps, that we have made.
But that was the past, the future is near,
And I just cannot wait, for what will appear.
I will take care of you and treat you right
I will lay by your side even when we fight
The dreams I have, that all involve you,
the chances I see and everything we can do.
I could go on for days, telling you what I feel,
but all you have to know is my love for you is real.
Saturday, November 7, 2009
You're perfect and so is this love that we share!
Posted by Cik Nad at 11/07/2009 02:59:00 AM 0 comments Links to this post
Friday, November 6, 2009
RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amalperbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya.Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa kelangit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,"Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku,sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
Posted by Cik Nad at 11/06/2009 12:05:00 AM 0 comments Links to this post
Thursday, November 5, 2009
TANDA-TANDA KIAMAT
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang,tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringanmereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman,maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Iniadalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat NabiMuhammad S.A.W.Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan.Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain.Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya,sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walaupun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.
"Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama,orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid,pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
Posted by Cik Nad at 11/05/2009 01:13:00 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, November 4, 2009
Khaulah sayang kepada suaminya
KHAULAH binti Hakim adalah isteri kepada seorang pemimpin kaum Muhajirin. Suaminya bernama Usman bin Madzun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu as-Saib dan Abdurrahman. Khaulah adalah antara wanita yang awal memeluk Islam.
Khaulah memainkan peranan penting dalam kehidupan Nabi Muhammad selepas Siti Khadijah meninggal dunia.
Khaulah berusaha mengembirakan hati Nabi Muhammad. Siti Khadijah adalah isteri Nabi Muhammad. Kematian Siti Khadijah menyebabkan Nabi Muhammad menjadi sedih dan pilu.
Bagi menggembirakan Nabi Muhammad, Khaulah telah memberikan cadangannya. Khaulah mencadangkan supaya Nabi Muhammad mencari pengganti Siti Khadijah. Akhirnya Khaulah berjaya melamar Saudah dan Aisyah sebagai isteri Nabi Muhammad.
Khaulah begitu dihormati oleh Nabi Muhammad. Dia juga adalah wanita yang bijak bersastera dan fasih berkata-kata. Dia begitu terkenal dengan syairnya yang indah-indah.
Semasa hidupnya, Khaulah telah melaporkan sebanyak 15 buah hadis daripada Nabi Muhammad. Khaulah sangat terkenal di kalangan isteri-isteri Nabi Muhammad. Khaulah sering menziarahi isteri-isteri Nabi Muhammad.
Pada suatu hari, Khaulah datang ke rumah isteri Nabi Muhammad. "Saya lihat wajah awak kusam. Diri awak pula tidak secantik hari-hari lain. Mengapa?" tanya isteri Nabi Muhammad.
Khaulah tidak menjawab. Kemudian dia duduk disebelah isteri Nabi Muhammad.
"Cuba awak lihat pakaian awak ini. Nampaknya sudah lusuh dan koyak. Bukankah suami awak itu orang kaya?" tanya isteri Nabi Muhammad.
Tiba-tiba Khaulah berkata, "Saya tidak kisah dengan semua itu. Masalah yang saya hadapi ini tidak ada kena mengena dengan kekayaan suami saya."
"Jika itu bukan halnya, mengapa awak bermuram sahaja?" tanya isteri Nabi Muhammad.
"Saya memikirkan hal suami saya. Pada malam hari, suami saya tidak henti-henti sembahyang sunat. Pada hari siang pula dia sering berpuasa," jelas Khaulah.
Berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad bertindak serta merta berjumpa dengan suami Khaulah.
"Wahai Usman, awak telah membuat hati isteri awak kecewa. Dirinya tidak terurus kerana memikirkan hal diri awak," kata Nabi Muhammad.
Suami Khaulah mendengar penjelasan Nabi Muhammad. Lalu suaminya bertanya, "Apa yang tidak kena dengan Khaulah? Selama ini kami hidup aman sahaja.
"Nabi Muhammad terus bertanya, "Wahai Usman, awak berpuasa setiap hari dan sembahyang sunat pada setiap malam?"
"Ya. Saya melakukan semua amal ibadat itu hanya untuk beribadah kepada Allah," jawab Usman.
Nabi Muhammad mendengar penjelasan Usman lalu berkata, "Usman, awak ikut seperti saya. Jangan awak terus-menerus berpuasa setiap hari. Begitu juga dengan sembahyang malam. Anggota badan awak ada hak terhadap awak. Isteri awak ada hak terhadap awak. Keluarga awak juga ada hak terhadap diri awak. Awak perlu tidur, sembahyang dan berbuka. Awak perlu penuhi tuntutan hak itu."
Usman berasa insaf dan sedar atas tindakan yang dilakukan terhadap isteri dan keluarganya. Dia sedar bahawa dia perlu menunaikan nafkah zahir dan batin serta tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Sejak hari itu Usman mengikuti nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Khaulah pun pergi berjumpa dengan isteri Nabi Muhammad. Pada kali ini kelihatan wajah Khaulah semakin cantik dan gembira.
"Bagaimana keadaan awak sekarang?" tanya isteri Nabi Muhammad kepada Khaulah.
"Alhamdulillah. Sekarang saya rasa aman dan bahagia hidup bersama suami saya," jawab Khaulah.
"Sekarang ini saya lihat awak semakin cantik dan menawan. Pasti suami awak bertambah sayang terhadap awak," kata isteri Nabi Muhammad mengusik Khaulah.
Mereka tersenyum bersama-sama. Khaulah adalah wanita yang baik. Siti Aisyah melaporkan bahawa wanita yang menawarkan diri kepada Nabi Muhammad untuk dikahwininya ialah Khaulah binti Hakim. Dia adalah wanita mukminah seperti yang dijelaskan dalam surah al-Ahzab ayat 50.
Posted by Cik Nad at 11/04/2009 02:28:00 AM 0 comments Links to this post
Monday, November 2, 2009
24 jam yg sgt bererti sebelum&setelah menjengah ke angka 25!
Assalamualaikum,
ALHAMDULILLAH,segala puji bagi ALLAH serta junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW..kpd keluarga BAGINDA,Para Sahabat,Para Nabi&Rasul serta Para Anbia.Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kerna masih lg bernafas sehingga saat ini (2 nov/2.38 am)...sewaktu tercoretnya warkah ini aku dlm keadaan yg sedikit kepenatan dek kerana ' 24 jam yg sgt bererti sebelum&setelah menjengah ke angka 25 ' ..!!!
Aku di anugerahkan suatu perjalanan hidup yg tk selalunya indah,tak bererti aku tdk bersyukur atau pun kuat mengomel ttg suratan takdir.Dan aku juga di anugerahkan persekitaran yg seimbang bg membolehkan pemikiran ini 'dewasa' seiring dgn usia.YA!Usiaku telah bertambah semalam (1 Nov) dan angka tepatnya ialah 25 Tahun,atau dlm erti kata lain suku abad.
Sebulan sebelum hari semalam aku telah di minta agar mengosongkan jadual aku utk meraikan hari lahirku bersama para sahabat.Dan ALLAH telah memanjangkan usiaku agar hari semalam menjadi nyata.Aku telah di bawa ke sebuah hotel bertaraf 5 Bintang pada mlm sebelum hari lahirku.Hanya dua patah perkataan yg lahir dari hati yg plg dalam iaitu 'Terima Kasih' ku tujukan khasnya buat sahabat baikku sedari sekolah rendah iaitu Farah Diyana Ismail aka Fd dan kekasih hatinya Ungku Hafriz Izzat aka Apit kerana sudi meluangkan waktu emas kalian hanya utk bersama-samaku.Tak lupa juga kpd Ayg,Syanty&Hajar yg memeriahkan lagi keadaan utk hari yg tk sepertinya.Kpd yg menghantar sms/rakaman suara/mms/ym/fb..ku ucapkan juga terima kasih di atas ingatan dan doa kalian.Teristimewa utk keluarga yg sentiasa memberi sepenuh perhatian ku ucapkan juga sembah terima kasih utk segala-galanya!
Rasanya tk perlulah aku nyatakan hadiah jenis apakah yg aku dpt,tetapi Perasaan yg aku rasa itulah yg terpenting bg melalui hari semalam.aku terharu/terkesima/terkejut dan segala mcm 'TER'...kerana masih ada insan yg sudi menghargai hari kejadianku!Aku terfikir..Apa lagi yg aku mahukan?apa lg yg aku harapkan?APA LAGI?Segalanya telah melengkapkan 'hari' itu.Hargailah setiap jenis perhubungan yg ada.Sesungguhnya tidak ada tolok bandingnya walau di gantikan dgn setinggi gunung jongkong emas jika mahu di bandingkan.Hargailah setiap detik dan saat,kerana itu adalah pengalaman dan memori indah yg tk mungkin luput dlm ingatan!
Ku sudahi dgn kalimat ALLAH memberi selamat ke atas kalian!
Yakiniku,
Cik Nad
Posted by Cik Nad at 11/02/2009 02:35:00 AM 0 comments Links to this post
Saturday, October 31, 2009
KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR
Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada disuatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.
Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Ditapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya.
Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu."Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru,rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakala 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawal agi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu.'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya,"Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh.
Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan di adili segalaperbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya imanengkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati.Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawaAllah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu.
Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?" "Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan olehTuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata,"'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan olehTuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambungnya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakankepada Tuhan supaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan.""Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadratTuhan.
Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar,tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia'Uzair."Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isiTaurat yang betul." 'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair.
Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual olehTuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula.Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.
Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, olehitu gunakanlah akal kita untuk berfikir.
Posted by Cik Nad at 10/31/2009 06:21:00 PM 0 comments Links to this post
Friday, October 30, 2009
SAYU TALAM TIADA SAYANG!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mukadimah yg tk ingin aku lebarkan,aku terus kpd 'pokoknya'!teruskanlah menyembah 'ego' kalian yg tk seberapa,pikiran yg singkat,hanya berseronok utk hari ini,minggu ini,bulan ini dan tahun ini..tapi TIDAK tahun depan!kegembiraan yg plastik,dan sebenarnya hati yg paling dalam itu SAYU..sayu mengenang nasib yg di kelilingi oleh pengadu domba yg setia,bercerita dari muka ke muka.TIADA sebarang raut wajah yg ikhlas dan menawan hati..yg ada hanyalah TALAM..lidah mempunyai seribu cabang.SAYANG kau telah digunakan..pelbagai TOPENG plastic telah diwarnakan.Dan kau sebenarnya kosong dan ruang itu gelap,kau sesat tanpa hala tujuan.
Regards,
Cik Nad
Posted by Cik Nad at 10/30/2009 03:23:00 PM 0 comments Links to this post
