Thursday, November 4, 2010

CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan Perisian (Software) CARIKATA E-Kamus 2011 : -

1) Terjemahkan NOTA anda dari 4 bahasa (Melayu/Inggeris/Arab/Cina) ke 10 Bahasa Utama Dunia dgn hanya 1 klik.Nota anda akan segera diterjemahkan.

2) 21 jenis kamus (Kamus Dewan,Eng/Mal,Mal/Eng,Mal/Arab,Pelbagai Istilah DBP,Peribahasa Melayu,Antonim,Sinonim dan sebagainya.

3) Kamus Melayu & Inggeris mempunyai fungsi Suara(Sebutan)

4) Semak Eja automatik dlm Bahasa Melayu

5) E-Pustaka (Himpunan jenis2 surat,pantun,kertas2 soalan ramalan,percubaan dan peperiksaan UPSR,PMR,SPM dlm Bahasa Melayu&Inggeris)

6) Takrif Cepat (mengetahui maksud perkataan dgn hanya 1 klik)

7) Ciri-ciri terbaru termasuk Jawi terjemah pertama di malaysia dgn accuracy 90% dan terjemah di MS WORD bahasa Inggeris,Arab,Melayu,Cina dan sebagainya.

8) 3 user/license diberikan utk memudahkan urusan anda!

9) Harga produk CARIKATA lebih berpatutan dari yang sedia ada di pasaran,di mana hanya perlu di bayar Sekali sahaja.

Yang penting,adalah buatan MALAYSIA =)

Hubungi saya : 017- 240 8409

Anda juga boleh melayari www.amanizcarikata.com utk informasi yg sempurna.

P/S : Sebenarnya saya mencari Pengedar/Agent terus utk membantu mempromosikan produk ini.Secara tk langsung,Anda juga boleh menjana pendapatan melaluinya dan kelebihan skop perkerjaan Anda lebih memudahkan utk produk ini terus berkembang.

Pertimbangan dari pihak Anda amatlah saya hargai.

Regards,
Cik Nad.

Friday, October 22, 2010

http://www.agiftoflife.gov.my/

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masa begitu pantas berlalu tanpa berhenti.Dan aku tidak pernah berhenti utk mencari rezeki.Ilham menyusuri tanpa disedari.Dan hasilnya begitu aku mensyukuri.

Sunyi & senyap tanpa kata,aku tidak berminat utk menitip di ruangan maya dengan omongan nista belaka.Aku adalah Aku..yg masi tercari-cari dalam mencari..seperti produk yg aku jual CARIKATA!

Aku ingin berkempen tentang ' PENDERMAAN ORGAN '...dan aku ingin menyeru pada para sahabat agar mendaftar mendermakan organ kalian di http://www.agiftoflife.gov.my/
Byk nyawa yg kita boleh bantu selepas kita menyahut seruan PENCIPTA!

' Semoga ALLAH memelihara seluruh semesta & angkasa '

Regards,
Cik Nad

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan AL-Mubarak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Syukur alhamdulillah ke hadrat ALLAH SWT di atas kesihatan & limpahan rezeki terhadap aku dan juga keluarga,Selawat serta salam kpd Junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW..tidak lupa kpd keluarga besar Baginda,Para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yg terdahulu seterusnya Para Anbia.

Alhamdulillah,bertemu kita kembali pd Ramadhan kali ini..dan saat aku menulis ketika ini adalah hari ke-4 Ramadhan.Suasana ketika ini sgt redup seakan mengerti kehangatan cuaca pada hari pertama berpuasa.Dan segala-galanya Hak ALLAH utk menentukan apa yg dikehendakiNYA.

Dengan rasa kerendahan hati yg paling dalam aku bersyukur kerana masih lagi menikmati rezeki & umur yg telah Sang PENCIPTA kurniakan untukku.Percayalah setiap makhluk yg diciptaNYA mempunyai rezeki masing2..Niat+Doa+Usaha+Restu Ibu Bapa+Tawakal+Redha.


' Peliharalah kata-kata & perbuatan kerana segalanya dicatat! '

Regards,
Cik Nad

Monday, July 19, 2010

Tempahan Biskut Raya




Salam semua,kepada rakan2 yg ingin mendapatkan biskut raya 'MERTUACOOKIES' seperti SEMPERIT ( atas),KURAI ( tengah ) & Bangkit ( bawah ) boleh lah membuat tempahan mulai sekarang sehingga 20/8/10.Segala pertanyaan boleh berhubung dgn saya melalui 017-2408409.Harap Maklum!Semoga ALLAH memelihara kesihatan dan umur kita.


Regards,
Cik Nad

Tuesday, July 13, 2010

Rumah Untuk Di Sewa

Rumah dua tingkat untuk disewa.Kawasan AU2A Taman Keramat.4 bilik tidur dan 3 bilik air.Depan Sapura.Berdekatan dengan JAYA JUSCO AU2,stesen bas,stesen LRT,kedai makan,pengangkutan awam mudah.Tidak jauh dari KLCC,MINDEF,PULAPOL,RISDA.

Berminat hubungi : 0172408409

Friday, July 9, 2010

Mengukur Tahap Kecintaan Terhadap Rasulullah

DIRIWAYATKAN daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.

Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Huraian:

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.

2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.

3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.

4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.

Thursday, July 1, 2010

MertuaCookies











Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua...

Untuk tempahan MertuaCookies ini boleh dibuat bermula 1hb July 2010 sehingga tarikh tutup 20hb.Ogos.2010 kerana kuih ini diproses di Batu Pahat Johor jadi untuk mengelakkan order dan penghantaran lewat boleh la buat order sehingga tarikh yang telah ditetapkan.

Terdapat hanya 3 jenis kuih sahaja iaitu Kuih Bangkit,Kuih Semperit Tekan Tradisional dan Kuih Kurai yg rangup.

Kuih-kuih ini semua adalah kuih tradisional turun temurun dan 15 tahun berpengalaman membuat kuih tradisional ini. Rasanya sangat Sedap dan Lazat. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan/pertanyaan sila hantar FB message or call saya di talian 0172408409.

Cuba & NILAI sendiri!

Regards,
Cik Nad

Thursday, June 17, 2010

Manusia oh manusia..

Assalamualaikum,

Adatlah manusia,kebaikan yg menggunung tk nampak..tp sibuk mengkaji kesalahan yg sekecil-kecil semut.Perhubungan yg dibina bertahun-tahun,seperti angin lalu...hilang dipandangan mata,segala 'rasa' tercemar,kenangan indah kian kusam,pengorbanan disiakan,perasaan di persetankan,keikhlasan ditulikan,kejujuran tidak setelus dulu dan rasa rendah diri itu hilang!

Aku pernah meminjamkan bahuku utk menjadi tempat engkau menangis,aku pernah meminjamkan telingaku untuk mendengar luahan perasaan dan hatimu,aku meminjamkan kedua belah mataku untuk membaca bahasa tubuhmu,dan aku memberi masa emasku untuk menenangkan engkau.

Dimanakah 'engkau' yg selalu meminjam semua itu denganku?

Monday, June 7, 2010

Gila Kuasa Mengundang Celaka

BILA berkuasa jangan ada yang teraniaya. Jangan pula lupa kuasa dari yang Maha Esa. Gila kuasa mengundang celaka. Kelak mati terseksa dalam neraka.

Kuasa perlu kepada kefahaman iman, baru adil setiap perundangan. Naungan Tuhan perlu agar tidak keterlaluan pada setiap keputusan demi insan dan kesejahteraan.

Undang-undang Tuhan datang kepada insan yang beriman. Harta adalah ujian bagi kebijaksanaan demi untuk melaksanakan pentadbiran dan syiar keIslaman.

Hukum Tuhan keras demi kesejahteraan umat dan akhirat. Bijaksana dalam menjalani hukuman adalah dalil kepada pelaksanaan dan kehambaan.

Melaksanakan hukum Tuhan tanpa kefahaman dan keimanan adalah kejam pada pandangan.

Sesungguhnya iblis dan sekutu-sekutunya tidak berkuasa dari menahan manusia dari melakukan kebaikan dan keimanan serta mendekatkan diri kepada Tuhan yang Esa.

Thursday, June 3, 2010

Silalah hebahkan....

http://learnbahasamelayu.weebly.com/

Ini website berkenaan E-kamus yg dikendalikan oleh saya.Jadi tlglah sebarkan kpd rakan taulan dan sanak saudara sekiranya ada yg berminat utk memilikinya..

Semoga hari anda ceria & selalu diberkati =)

Regards,
Cik Nad

Wednesday, June 2, 2010

Kisah bulan terbelah dua

UMAT di zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Tidak sahaja mereka berpeluang bertemu dengan baginda namun yang lebih beruntungnya lagi dapat melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda.

Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang benar-benar berlaku dalam usaha Nabi Muhammad untuk menyakinkan kebenaran dakwah baginda itu.

Jika kita menjadi pengikut baginda ketika itu, tentu segala kejadian mukjizat yang berlaku akan menambahkan lagi keimanan atau kepercayaan kepada Allah SWT.

Namun, perkara seperti ini sukar diterima oleh puak-puak kafir Quraisy. Mereka tetap dengan sikap degil mereka.

Walaupun peristiwa Israk dan Mikraj tidak ada sebarang kesangsian, dengan segala macam bukti dan keterangan daripada al-Quran namun kedegilan tetap makin menebal!

Malah mereka sendiri kadang kala meminta baginda tunjukkan bukti! Kononnya dengan bukti tersebut mereka akan menyerah kalah kepada kebenaran.

Namun yang sebenarnya mempunyai niat yang busuk, kononnya Rasulullah tidak akan mampu menunjukkan sebarang bukti kerana yang diminta semuanya bersifat luar biasa dan tidak masuk dek akal.

Andai, bukti tersebut gagal ditunjukkan oleh baginda maka semakin galaklah mereka memusuhi dan mengeji Nabi.

Namun baginda tetap menyahut apa juga cabaran, asalkan mereka akhirnya percaya kepada keesaan Allah yang Maha Agung.

Iaitu pada suatu hari, sekumpulan pembesar Quraisy itu datang menemui baginda, iaitu di antara mereka termasuklah Al Walid Al Mughirah, Abu Jahal Hisham, Al As Wail, Al Aswad Muthalib, An Nadhru Al Harith.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sebelum baginda melakukan hijrah ke Madinah dan diriwayatkan dalam banyak catatan sejarah sehinggalah mengikut sastera Melayu klasik sendiri, kisah bulan terbelah dua ini menjadi kisah-kisah penglipur lara yang popular.

Dalam Hikayat Nur Muhammad dan Nabi Bercukur dan Nabi Wafat misalnya, ada diceritakan mengenai kisah bulan terbelah ini, pada bahagian kedua dari tiga bahagian yang ada, iaitu: Hikayat Nabi Bercukur iaitu menceritakan mukjizat Nabi SAW, kisah bulan terbelah.

Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam rumi dengan tajuk Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang lalu, adalah benar.

Mereka berkata, "Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua bahagian".

"Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, tuhan yang satu?" kata baginda pula.

Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat yang Rasulullah berikan.

Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi.

Sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian.

Tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.

Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri dan separuh atau sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah kanan dengan keadaan masih bercahaya.

Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya!

Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak mendengar apabila baginda berkata; "Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah amanahkan kepadaku,"

Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun, kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apa tah lagi untuk menerima dakwah nabi.

Sedangkan kejadian bulan terbelah ini memang benar-benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan sains dan akal yang waras namun atas nama mukjizat, kelebihan yang diberikan kepada Rasulullah ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sebagaimana kebanyakan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad.

Ini termasuk mukjizat Nabi Isa a.s yang boleh menghidupkan orang yang telah mati, tiada sesiapa yang dapat pertikaikan lagi.

Walaupun pada hakikatnya, yang mati tetap akan mati, tidak mungkin akan hidup kembali.

Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut.

Tetapi sayangnya, mereka yang meminta supaya ditunjukkan sebarang kejadian luar biasa, akhirnya mereka sendiri tidak mahu percaya walaupun bulan benar-benar telah terbelah di hadapan mata!

Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi.

Mereka percaya kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut!

Ini sebagaimana disebutkan dalam al-Quran; Telah hampir datangnya masa itu dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata: "Ini adalah sihir yang luar biasa" dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya. (al-Qamar: 1-3)

Sebenarnya tidak menghairankan jika mereka tidak percaya, malah membuat pelbagai pertikaian termasuk sihir dan sebagainya. Ini termasuklah Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikan kejadian itu walaupun melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Kerana itulah sifat degil yang dimiliki oleh kalangan kafir Quraisy, yang tidak mahu menyertai baginda kerana bimbang akan dipersendakan oleh mereka yang lain.

Sedangkan mereka juga bertanyakan kepada kafilah-kafilah yang selamat sampai ke Kota Mekah selepas berdagang di luar kota, adakah para pedagang itu juga melihat kejadian bulan terbelah itu semasa dalam perjalanan pulang itu.

Bulan terbelah dua

Masing-masing mengakui ada melihat kejadian bulan terbelah dua itu dan sangat tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.

Apabila mendengarkan itupun, kalangan kafir Quraisy masih enggan untuk mempercayai Nabi Muhammad. Sedangkan jika baginda melakukan sihir, tentunya yang disihir hanya penduduk Mekah atau kalangan kafir Quraisy itu sahaja tidak mungkin melibatkan sehingga ke kawasan luar Kota Mekah.

Walau apa pun, kejadian yang sedemikian luar biasa, sebagai tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Maha Esa, langsung tidak dapat diterima oleh musuh-musuh baginda.

Pastinya kekecewaan menjalar masuk ke hati baginda walaupun ia begitu menguatkan lagi keimanan kepada para pengikut baginda yang setia dan taat.

Para pengikut baginda malah sesiapa pun sebenarnya mungkin agak ketakutan apabila tanpa disangka bulan boleh terbelah dua, tetapi mujur sahaja objek yang menerangi malam itu bercantum semula.

Namun, pengajarannya menunjukkan bahawa Allah itu sangat berkuasa, boleh melakukan apa sahaja; kun faya kun!

Tiada tandingannya dan sebagai hamba-hamba-Nya sewajibnya kita sujud dan menginsafi diri.

Tuesday, June 1, 2010

Abu Bakar as-Siddiq seorang peniaga kain

ABU Bakar as-Siddiq dilahirkan pada tahun 573 Masihi. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Berasal dari keturunan Bani Tamim, Abu Bakar terkenal sebagai seorang usahawan yang berjaya. Semasa hidupnya, beliau pernah menjadi penjual kain.

Sebelum memeluk agama Islam beliau terkenal dengan gelaran Abdul Kaabah. Selepas Abu Bakar memeluk Islam, gelaran as-Siddiq diberikan oleh Nabi Muhammad kepadanya kerana keikhlasan dan kejujurannya mengembangkan agama Islam.

Beliau juga taat dan setia kepada Nabi Muhammad.

Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pada tahun 11 Hijarah dan meninggal dunia pada 13 Hijrah.

Walaupun bergelar khalifah, Abu Bakar masih terus berniaga bagi menyara kehidupan keluarganya.

Malah pada hari selepas dilantik sebagai khalifah, beliau tetap berniaga kain di pasar.

Semasa dalam perjalanan ke pasar beliau terjumpa sahabatnya, Umar.

Selepas Umar melihat kelibat Abu Bakar, beliau hairan dan bertanya sendirian: "Bukankah Abu Bakar sudah dilantik menjadi khalifah. Mengapakah beliau masih lagi berniaga di pasar?"

Tanpa berlengah, Umar terus bertanya kepada Abu Bakar. "Adakah kamu hendak ke pasar?"

"Ya. Saya perlu berniaga pada hari ini bagi mencari rezeki," jawab Abu Bakar sambil memegang kain-kain yang mahu dijualnya itu.

Umar menjadi semakin hairan dan bertanya: "Sekiranya kamu masih sibuk dengan perniagaan kain, siapakah yang melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah?"

Lalu Abu Bakar menjawab: "Saya perlu mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga saya. Sekiranya saya tidak berniaga seperti ini, saya tidak dapat menyara kehidupan keluarga saya. Siapa yang perlu membantu saya mencari rezeki ini?"

Selepas mendengar penjelasan Abu Bakar, Umar terus mengemukakan ideanya. Umar mencadangkan supaya mereka berjumpa ketua pegawai Baitulmal, iaitu Abu Ubaidah al-Jarrah.

"Mari kita berjumpa Abu Ubaidah. Beliau ialah ketua pegawai Baitulmal. Kamu perlu mendapatkan bantuan wang sara diri daripada Baitulmal," kata Umar kepada Abu Bakar.

Mereka berdua pergi berjumpa ketua pegawai Baitulmal. Sampai sahaja di sana, Abu Ubaidah berkata: "Wang sara diri yang saya berikan kepada Abu Bakar serupa dengan wang sara diri yang diterima oleh orang yang layak menerima bantuan, tidak lebih atau kurang."

Bermula dari hari itu, Abu Bakar menerima bantuan wang sara diri daripada Baitulmal. Abu Bakar juga menumpukan sepenuh masanya menguruskan negaranya. Beliau tidak lagi menjalankan perniagaannya.

wang sara diri

Pada suatu hari, isteri Abu Bakar mahu makan makanan yang enak. Pada waktu itu Abu Bakar tidak mempunyai wang bagi membeli makanan itu kerana kehidupan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada wang Baitulmal.

Isterinya mendapat satu idea: "Saya cuba bahagikan wang sara diri yang kita dapat ini sedikit demi sedikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Apabila wang itu sudah cukup, dapatlah saya beli makanan yang saya idam-idamkan itu".

Kemudian Abu Bakar menjawab, "Saya bersetuju dengan pendapat kamu itu".

Lama kelamaan wang yang disimpan oleh isterinya semakin banyak. Wang itu sudah cukup bagi membeli makanan yang dimahukan oleh isterinya.

Pada hari isterinya mahu pergi membeli makanan itu, Abu Bakar merasakan bahawa wang sara diri yang diterimanya sudah berlebih-lebihan. Wang itu sudah melebihi daripada keperluan hidup keluarganya.

"Isteriku, saya rasa elok kita kembalikan semula wang yang terlebih itu kepada pihak Baitulmal," kata Abu Bakar kepada isterinya.

Isterinya tidak membantah suruhan suaminya itu. Malah Abu Bakar turut meminta pihak Baitulmal mengurangkan bayaran wang sara diri yang diperolehinya itu.

Begitulah kehidupan seharian Abu Bakar. Hasil usahanya menjadi peniaga mendatangkan pendapatan yang cukup bagi menampung keperluan hidup keluarganya.

Menurut anaknya Aisyah, selepas meninggal dunia, Abu Bakar ada meninggalkan seekor unta betina, sebuah mangkuk dan seorang orang gaji. Malah Abu Bakar juga berpesan menyerahkan kebun kurma yang dimilikinya kepada Baitulmal.

Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau mahu menggantikan semula wang sara diri yang diterimanya daripada Baitulmal selama beliau menjadi khalifah.

Saturday, May 1, 2010

TERRRRR

Salam,

Aku maseh belum boleh melelapkan mata semenjak pulang dari 'melawat kawasan' tepat jam 6 pagi.Seperti biasa aku akan membersihkan diri yakni mandi sebelom melelapkan mata,kt bilik air feeling bersiram mcm puteri :p hehe...

Tergolek-golek la aku ngan lampu tertutup,beriya dlm hati nk ngadap laptop utk melontarkan rasa setelah aku tinggalkan teratak ini tanpa cerita terbaru.Akhirnya ku gagahkan jua.

Lately aku selalu teringatkan sekuntum 'Senyuman' yg hampir bersatu dgn jiwaku 11 tahun lalu.Inilah kali pertama ku bukakan sedikit ruang utk ku nukilkan kata2 yg mewakili perasaan..GOD knows!Guys,now aku tgh tersenyum sambil menaip okay..hahaha...Seriously,aku terpana,terpegun,tergamam,dan segala TERRR...yg ada..jgn katakan terjumpa..teringat sket pon berdebar jantung ni bkn kepalang..

Tu 11 tahun lps..skang aku santai aja dong :)

Byk benda yg sepatutnya da settle..tk settle2 lagi..jln yg aku lalui skang sgt sukar.aku ke yg tk betul?atau sekadar ujian?moga2 tk selamanya sukar.

HAVE A GREAT WEEKEND GUYS!

Regards,
Cik Nad

Tuesday, April 13, 2010

Ummu Rauman bidadari syurga

NAMA sebenar Ummu Rauman ialah Zainab binti Amir bin Uwaimir. Dia berkahwin dengan Abdullah bin al-Haris al-Uzdzi. Suaminya merupakan kawan baik dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sifat-sifat baik yang ada pada Abu Bakar terpancar pada sikap dan tingkah laku suami Ummu Rauman.

Ummu Rauman dan suaminya tinggal di kota Makkah. Mereka mendapat seorang anak yang diberi nama ath-Thufail. Selepas beberapa lama tinggal di Mekah, suaminya meninggal dunia.

Kematian Abdullah sangat menyedihkan Ummu Rauman. Bagi Ummu Rauman, kematian suaminya adalah satu ujian baginya. Selepas beberapa lama kemudian, kesedihan Ummu Rauman terubat apabila dia dilamar oleh Abu Bakar as-Siddiq.

"Beruntung benar Ummu Rauman. Dia dilamar oleh Abu Bakar. Abu Bakar seorang lelaki yang baik. Dia sering membantu orang yang susah, menghormati tetamu, suka menyambung tali silaturrahim dan suka menegakkan kebenaran," kata seorang perempuan.

Perkahwinan Ummu Rauman melahirkan dua orang anak yang bernama Abdurrahman dan Aisyah. Ummu Rauman seorang wanita yang baik budi pekertinya.

Nabi Muhammad menghormati keluarga Ummu Rauman dan Abu Bakar sehingga beliau mengambil keputusan untuk melamar anak perempuan mereka iaitu Aisyah binti Abu Bakar.

Nabi Muhammad mengutuskan Khaulah binti Hakim pergi melamar Aisyah. Khaulah berkata kepada Ummu Rauman, "Wahai Ummu Rauman, Nabi Muhammad ingin melamar Aisyah".

"Benarkah?" tanya Ummu Rauman tidak percaya.

Khaulah tersenyum sambil berkata: "Ya. Nabi Muhammad telah menyebut nama Aisyah sebagai calon isterinya. Selepas kematian Siti Khadijah, Nabi Muhammad sering bersedih. Lamaran terhadap Aisyah merupakan satu keputusan yang telah dibuatnya".

"Saya perlu sampaikan berita ini kepada Abu Bakar terlebih dahulu," kata Ummu Rauman seperti tidak sabar-sabar menanti kepulangan suaminya.

Berjaya melamar Aisyah

Apabila Abu Bakar pulang ke rumah, Ummu Rauman pun menceritakan kisah yang berlaku tadi. Abu Bakar mendengar berita lamaran Nabi Muhammad dengan perasaan serba salah.

Abu Bakar pun berkata kepada isterinya: "Aisyah telah dilamar oleh Muth'im bin Adiy untuk anak lelakinya. Saya tidak boleh mungkir janji."

Ummu Rauman terdiam seketika. Dia juga memikirkan bahawa janji yang telah dibuat oleh suaminya patut ditunaikan.

Sebentar kemudian Abu Bakar berkata lag: "jika begitu saya perlu berjumpa dengan Muth'im terlebih dahulu. Saya perlu dapatkan keputusan sama ada mereka benar-benar inginkan Aisyah menjadi menantu mereka."

"Saya berpendapat cara itu adalah yang terbaik buat kita," kata Ummu Rauman pula.

Abu Bakar pergi berjumpa Muth'im. Isteri Muth'im turut berada di rumahnya. Abu Bakar pun bertanya: "Jadikah awak mengambil Aisyah sebagai menantu awak?"

Muth'im mendengar pertanyaan Abu Bakar lalu bertanya kepada isterinya: "Awak setujukah untuk menikahkan anak kita dengan Aisyah?"

Isteri Muth'im pun memberitahu Abu Bakar: "Sekiranya anak saya berkahwin dengan Aisyah sudah tentu anak saya akan masuk Islam."

Muth'im dan keluarganya belum memeluk agama Islam. Perkara itu membimbangkan Muth'im dan isterinya.

"Beginilah Abu Bakar, saya dan isteri sudah sepakat tidak jadi menikahkan anak kami dengan puteri awak. Maafkan kami," jelas Muth'im kepada Abu Bakar.

"Jika itu keputusan awak, saya menerimanya dengan hati yang terbuka," balas Abu Bakar pula.

Abu Bakar pulang ke rumah. Di rumahnya, Ummu Rauman sedang menanti kepulangan suaminya itu.

"Bagaimana? Jadikah mereka mengambil Aisyah sebagai menantu," tanya Ummu Rauman tidak sabar-sabar menantikan jawapan dari suaminya.

Abu Bakar menjawab dengan tenang: "mereka tidak sanggup mengahwinkan anak lelaki mereka dengan Aisyah kerana mereka tidak mahu anaknya memeluk agama Islam."

"Syukur, dapatlah Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad," bisik Ummu Rauman sendirian.

Nabi Muhammad berjaya melamar Aisyah. Pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Aisyah. Perkahwinan mereka disambut dengan gembira.

Ummu Rauman seorang ibu yang baik. Dia banyak membantu Nabi Muhammad dalam usaha menyebarkan agama Islam. Nabi Muhammad sangat menghormati ibu mertuanya.

Ummu Rauman meninggal dunia pada tahun 6 Hijrah. Semasa Ummu Rauman meninggal dunia, Nabi Muhammad berdoa supaya Allah mengampuni segala dosa Ummu Rauman.

Nabi Muhammad juga pernah berkata: "sesiapa yang ingin melihat wanita bidadari dari syurga, maka lihat Ummu Rauman."

Sunday, April 11, 2010

Dan apabila...

Salam kepada semua..

Tergerak utk aku menulis apa yg tgh bersidang dlm pikiranku.

2,3 menjak ni hidup semakin meruncing..masih melangkah utk ke destinasi.

Aku bkn org suci utk menghakimi attitude mahu pon perangai manusia.

Hidupku kini dikelilingi oleh tenaga positif,which is..itu yg aku cari.Thanks to ALLAH!

Tak menjadi aib pon kalau kita meminta maaf.


Regards,
Cik Nad

Monday, March 29, 2010

PERASAAN & HATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Da lama rasanya jari jemari ini tak ku tarikan dgn penuh 'rasa' dan penghayatan.Mmg benar lately aku benar2 sibuk dgn sillaturrahim & duniawi.Dan saat ini aku terpanggil utk menyinggah dan mengisi petak2 kosong yg telah pon disediakan utk tatapan 'sang setia'!

Aku terpikir mengenai 'PERASAAN'.Sesuatu yg begitu subjektif utk dimengertikan.Bila ianya menyapa,debaran terasa..bila ianya berlalu pergi,kehangatan mengambil tempat.

Aku terpikir mengenai 'HATI'.disitulah letaknya segala sifat yg ada dlm diri manusia!nowadays mmg kebanyakannya mmg mcm HARAM!yesss...H.A.R.A.M!lu pikir la sendiri bak kata sang raja lawak...!!!

Mengapa menyakiti kalau tidak mahu disakiti?Betullah sabda RASULULLAH SAW.."lebih baik diam dari mengeluarkan kata2 yg tdk sepatutnya"...

Regards,
Cik Nad

Thursday, March 25, 2010

Golongan bersyukur dapat rasai nikmat ketenangan jiwa

NIKMAT dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung, dapat disukat dan ditimbang banyaknya. Allah berfirman bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah An Nahl: 18)

Imam Al Ghazali mendefinisikan nikmat sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi - hari akhirat yang kekal abadi. Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah dibahagikan kepada dua iaitu nikmat bersifat fitri atau asasi yang dibawa manusia ketika dilahirkan. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima atau dirasakan sewaktu-waktu. Nikmat bersifat fitri digambarkan Allah dalam firman bermaksud: “Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih.” (Surah An Nahl: 78)

NIKMAT dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung, dapat disukat dan ditimbang banyaknya. Allah berfirman bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah An Nahl: 18)

Imam Al Ghazali mendefinisikan nikmat sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi - hari akhirat yang kekal abadi. Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah dibahagikan kepada dua iaitu nikmat bersifat fitri atau asasi yang dibawa manusia ketika dilahirkan. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima atau dirasakan sewaktu-waktu. Nikmat bersifat fitri digambarkan Allah dalam firman bermaksud: “Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih.” (Surah An Nahl: 78)
Nikmat yang dianggap mendatang ialah segala kenikmatan, kelazatan dan kebahagiaan diterima manusia sepanjang perjalanan hidup termasuk isi alam daripada tanaman, binatang ternakan serta sumber asas yang boleh dimanfaatkan. Firman Allah bermaksud: “Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering). Kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman yang sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. Dan Kami pancarkan kepadanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur.” (Surah Yasin: 31-35)

Lumrahnya, manusia menyedari nikmat kurniaan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang (dicabut oleh Tuhan). Jika matanya rosak sebelah, kaki patah atau tangan kudung, barulah dia merasa nikmatnya mempunyai dua biji mata, kaki dan tangan yang tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat pula berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan.

Syukur ialah mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba adalah nikmat pemberian Allah. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila ia gembira wujudnya nikmat pada dirinya yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil sahaja. Sesungguhnya, bersyukur kepada Allah wajib bagi setiap manusia. Firman Allah bermaksud: “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh menyembah kepada-Nya.” (Surah An Naml: 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat pada tempat bertentangan tujuan penciptaannya adalah mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan dijadikan Allah untuk mempertahankan diri bukan mencederakan atau membinasakan orang lain.

Sikap syukur untuk keuntungan manusia sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur hamba-Nya. Sebaliknya, Allah juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan ingkar ditunjukkan manusia. Allah berfirman bermaksud: “Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.” (Surah An Naml: 40)

Orang yang bersyukur, jiwanya menjadi semakin bersih. Dia bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar nikmat itu kurniaan Ilahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Monday, March 22, 2010

CARIKATA E-KAMUS






Dengan Perisian (Software) CARIKATA E-Kamus : -

1) Terjemahkan NOTA anda dari 4 bahasa (Melayu/Inggeris/Arab/Cina) ke 10 Bahasa Utama Dunia dgn hanya 1 klik.Nota anda akan segera diterjemahkan.

2) 21 jenis kamus (Kamus Dewan,Eng/Mal,Mal/Eng,Mal/Arab,Pelbagai Istilah DBP,Peribahasa Melayu,Antonim,Sinonim dan sebagainya.

3) Kamus Melayu & Inggeris mempunyai fungsi Suara(Sebutan)

4) Semak Eja automatik dlm Bahasa Melayu

5) E-Pustaka (Himpunan jenis2 surat,pantun,kertas2 soalan ramalan,percubaan dan peperiksaan UPSR,PMR,SPM dlm Bahasa Melayu&Inggeris)

6) Takrif Cepat (mengetahui maksud perkataan dgn hanya 1 klik)

7) Mengemaskini secara percuma.

8) 3 user/license diberikan utk memudahkan urusan anda!

9) Harga produk CARIKATA lebih berpatutan dari yang sedia ada di pasaran,di mana hanya perlu di bayar Sekali sahaja.

Yang penting,adalah buatan MALAYSIA =)

Hubungi saya : 017- 240 8409

Friday, March 12, 2010

Kehidupan Nabi Yusuf dalam penjara

NABI Yusuf dipenjarakan bukan kerana mencuri atau membunuh tetapi kerana desakan isteri pembesar Mesir iaitu Zulaikha. Zulaikha mahu Nabi Yusuf dipenjarakan kerana ingin menutup malunya akibat cuba menggoda Nabi Yusuf.

Setelah itu, tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara. Kehidupan baginda lebih tenang dan damai. Di sini hidup baginda tidak lagi diganggu oleh wanita-wanita yang selalu menggoda dan mendorongnya untuk melakukan kejahatan.

Tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Nabi Yusuf tidak ada seorang pun yang tahu. Semua itu ditentukan oleh pihak berkuasa negeri semata-mata.

Bagi Nabi Yusuf, hidup dalam penjara yang gelap dan sempit lebih baik kerana jiwanya tidak tertekan dan terhindar daripada segala godaan serta tipu daya yang akan menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan.

Semasa dalam penjara, Nabi Yusuf dapat menyampaikan dakwah, memberi bimbingan dan nasihat kepada penghuni-penghuni yang lain agar mereka insaf serta tidak melakukan dosa lagi.

Harapan baginda hanya satu, agar orang yang telah melakukan dosa itu akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan sesungguh hati. Bagi mereka yang dimasukkan ke penjara kerana kesilapan pemerintah, Nabi Yusuf telah menyarankan mereka supaya bersabar dan bertakwa kepada Allah supaya kesengsaraan mereka dapat diakhiri dengan cepat.

Pada hari yang sama Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, terdapat dua pegawai istana yang masuk bersama-sama dengannya. Mereka telah berkenalan dengan Nabi Yusuf. Akhirnya mereka telah menjadi sahabat baik dan akrab dalam penjara.

Kedua-dua mereka terlalu sayang dan kasih kepada Nabi Yusuf. Lagipun baginda merupakan seorang yang sangat baik hati.

Pada suatu hari, dua orang sahabat ini telah berkata kepada baginda, "Wahai Yusuf, sesungguhnya kami amat kasih dan sayang kepada engkau".

Nabi Yusuf pun menjawab, "Moga Allah memberi berkat kepada kamu berdua. Lagipun dahulu orang yang menyayangiku akan selalu mendatangkan kecelakaan kepadaku.

"Dahulu saudara perempuanku amat sayang kepadaku, kemudian ia membawa padah terhadapku, kemudian ayahku pula menyayangiku dan ia mengundang sifat cemburu saudara-saudaraku yang lain," jelas Nabi Yusuf.

Kata baginda lagi: "Mereka telah mencampakkan aku ke dalam telaga. Kemudian aku dicintai pula oleh isteri pemerintah maka beginilah jadinya nasibku. Sesungguhnya aku amat bimbang sekiranya ada orang yang menyayangi dan menyintai diriku".

Walaupun Nabi Yusuf berkata begitu, tetapi dua orang sahabat ini masih menyayangi Nabi Yusuf dan berkata, "Meskipun demikian katamu, demi Allah, tidaklah kami sanggup membebaskan diri daripada menyayangi engkau".

Selepas itu mereka pun meneruskan persahabatan seperti biasa selama mana mereka masih tinggal dalam penjara itu.

Friday, March 5, 2010

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada
Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami
beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya,
"Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami,
"Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan
kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami
dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu
itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah,
percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya
kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh
para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah,
hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih
terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu
senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada
waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang
menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini,
maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang
amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir
sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu
katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada
lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?
Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah
kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,,
berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Sunday, February 28, 2010

Muhammad Airel Hafiz

Assalamualaikum semua =)

Syukur alhamdulillah si dia yg di tunggu2 telah pon selamat di lahirkan di dalam dunia yg fana ini.Si Comel di beri nama Muhammad Airel Hafiz.My 1st nephew :p Airel selamat di lahirkan melalui pembedahan cesarean tepat pd jam 10.06 mlm td (27/2/10) dgn berat 3.84 kg.Setelah 14 jam my sis sakit yg teramat sgt,akhirnya doctor berkeputusan utk melakukan pembedahan.

Kegembiraan yg tk terkata dan hanya dpt dilihat dari reaksi pada ahli keluargaku.Hanya kedengaran perkataan "Alhamdulillah" yg meniti di bibir kami.Semoga kelahiran Airel membawa segala kelebihan yg menjadi haq ALLAH utk dinikmati oleh kami sekeluarga..InsyaALLAH!

Esok kembali bekerja setelah berehat 2 minggu ;p yeahh..kembali mencari rezeki.

Have a good day guys! =)

Regards,
Cik Nad

Friday, February 26, 2010

Debaran...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Segala Puji bagi ALLAH SWT,kepada Kekasih ALLAH...Nabi MUHAMMAD SAW serta salam maulidur Rasul kpd Baginda,kpd keluarga Baginda,para sahabat Baginda,para Nabi2 dan Rasul2 terdahulu,Teristimewa kedua insan yg bagiku Syurga ialah kedua ibu bapaku yg ku panggil daddy&mummy sedari kecik lg,adik beradik ku yg tersayang,ipar duaiku,Al-Fatihah khususnya arwah atuk2,nenek2,moyang2,saudara mara ku dan seluruh umat Islam yg telah lama pergi menyahut seruan ILLAHI,kpd sahabat handai dan rakan taulan yg tersayang.

Dalam sehari dua ni aku dpt merasakan 'debaran'..maklumlah 1st time nak dpt anak buah..hehe :p yup,my beautiful sister telah 2 hari di masukkan ke hospital utk melahirkan anak sulungnya(itu hari da scan baby boy)..aku yg menengok ni pon rasa sakit,tp die relax jer...bole gelak2 bagai..and latest doc ckp,walau apa pon die kene bersalin hari ni gak!Ku harap pada kalian yg mengikuti blog ku yg tk seberapa ni,sama2 lah kita berdoa agar keduanya dlm keadaan selamat dan sehat..Amin!

Semoga hari yg mulia ini kita sebagai manusia dan segala makhluk akan terus di berkati oleh Maha PENCIPTA!

Regards,
Cik Nad.

Thursday, February 18, 2010

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang
Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari
golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang
Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu
kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit
seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya
aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah,
sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari
unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah
engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai
Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi
itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang
Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah
Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam
sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda,

"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat
juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau
membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahalapahalanya
sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari
segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.
Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu
mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang
menghakimkannya.

Wednesday, February 10, 2010

Ja'dah didik anak jadi pemurah

JA'DAH binti Ubaid bin Tsalabah al-Anshariyah an-Najjariyah adalah ibu kepada seorang sahabat Nabi Muhammad. Anaknya bernama Harisah bin Nu'man adalah seorang sahabat yang terkenal.

Ja'dah berkahwin dengan an-Nu'man bin Nafi' an-Najjari. Kemudian perkahwinan itu tidak kekal lama. Setelah dia berpisah dengan suaminya, seorang lelaki bernama al-Habbab bin al-Arqam telah melamarnya. Hasil perkahwinan itu lahir seorang anak lelaki yang bernama al-Haris.

Adik-beradik Ja'dah iaitu Amru, Afra dan Khaulah menyokong tindakan Ja'dah memeluk Islam dan berbaiah kepada Nabi Muhammad. Mereka adik-beradik tidak mahu ketinggalan mendapat cahaya Islam

Ja'dah adalah jiran Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sering menziarah Ja'dah dan keluarganya. Ja'dah merupakan seorang jiran yang baik. Dia tidak pernah kedekut atau mementingkan diri sendiri. Malah dia suka bersedekah dan murah hati.

Nabi Muhammad pernah dijemput makan di rumah Ja'dah. Semasa berada dirumah Ja'dah, Nabi Muhammad akan berbual dengan Harisah bin Nu'man dan ibunya.

Ja'dah juga merupakan ibu yang baik. Dia pandai mendidik anaknya sehingga anaknya menjadi seorang pahlawan Islam yang terkenal. Semasa perang Badar, Harisah telah bersama-sama mengikuti tentera Islam menghadapi musuh di medan perang.

Harisah dididik oleh ibunya supaya sentiasa menolong orang. Sikapnya yang suka menolong itu dapat dilihat apabila dia menolong Nabi Muhammad bagi mendapatkan sebuah rumah.

Kisahnya berlaku apabila Nabi Muhammad berkahwin dengan Mariam al-Qibtiyah dan ingin membawa isteri barunya pulang ke rumah.

"Ibu dengar Nabi Muhammad sudah berkahwin lain," kata Ja'dah kepada anaknya.

"Ya ibu. Saya juga dapat berita yang sama," kata Harisah.

Ja'dah dan anaknya adalah jiran yang paling dekat dengan rumah Nabi Muhammad. Dia ingin membantu Nabi Muhammad.

"Pada pendapat ibu, sudah tentu Nabi Muhammad ingin menempatkan isteri barunya di rumah yang lain. Tambahan pula apabila isteri-isterinya tahu Nabi Muhammad berkahwin lagi, mereka tentu cemburu," jelas ibunya.

Ja'dah memandang wajah anaknya. Sementara anaknya turut memerhatikan ibunya.

Sebentar kemudian Ja'dah berkata lagi kepada anaknya, "Ibu faham perasaan seorang wanita apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lagi. Isteri-isteri Nabi Muhammad tentu akan cemburu apabila mendengar berita ini," jelas ibunya panjang lebar.

Harisah seorang anak yang baik dan mendengar kata ibunya. Lalu Harisah pun berkata, "Benar kata ibu. Elok rasanya Nabi Muhammad menempatkan isteri barunya di rumah yang lain."

Harisah terdiam seketika. Dia memikirkan rumah yang sesuai untuk isteri baru Nabi Muhammad itu. Harisah mempunyai beberapa buah rumah yang berdekatan dengan rumah Nabi Muhammad. Hal ini berlaku kerana setiap kali Nabi Muhammad mendapat keluarga baru pasti Harisah akan menawarkan diri dan mengizinkan rumahnya digunakan oleh Nabi Muhammad.

"Baik, saya bersetuju untuk membenarkan Nabi Muhammad tinggal di rumah ini. Saya akan mengemas barang-barang yang ada dan mengosongkan rumah ini," jelas Harisah kepada ibunya.

"Semoga Allah membalas jasa baik anak ibu ini," kata Ja'dah pula.

Ja'dah gembira mempunyai anak seperti Harisah. Dia bersyukur kepada Allah kerana anaknya mempunyai akhlak yang baik dan sanggup berbakti kepadanya. Harisah berjumpa dengan Nabi Muhammad dan menyatakan hasratnya itu.

"Wahai tuan, selamat pengantin baru," kata Harisah kepada Nabi Muhammad.

"Terima kasih," jawab Nabi Muhammad.

"Tuan, saya ingin beritahu tuan bahawa tuan boleh bawa isteri baru tuan ini ke rumah saya. Tuan boleh tinggal di rumah itu selama mana yang tuan suka. Saya sudah mengosongkan rumah itu untuk keselesaan tuan dan isteri baru tuan ini," jelas Harisah kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad terharu dengan keputusan yang dibuat oleh Harisah. Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya malu terhadap Harisah kerana sanggup berpindah dari satu rumah ke satu rumah yang lain semata-mata untuk saya dan isteri."

Begitulah sikap Harisah apabila Nabi Muhammad mendapat keluarga baru. Dia pasti akan berpindah rumah bagi menyediakan rumah untuk Nabi Muhammad. Ini adalah hasil didikan yang suci dan murni dari ibunya.

Saturday, February 6, 2010

Getting better

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :-)

Alhamdulillah minggu ni berjalan dgn baik dan aku pon baru baik dari 'penyakit' setahun skali iaitu demam+batuk+pening+selsema.Aku seorg yg jarang2 tk sehat,so bila penyakit setahun skali ni dtg..koman2 seminggu baru baik ;p hehe...

Minggu ni jugak minggu yang bagiku minggu 'rezeki' kerana stock software ekamus Carikata Edisi Premium telah habis dijual di fakulti pengajian Islam di UM..ALHAMDULILLAH..Bersyukur pada ALLAH SWT.Ternyata mereka begitu teruja dgn fungsi 'TERJEMAHAN' pelbagai bahasa especially bahasa Arab.Aku doakan supaya mereka memanfaatkan kemudahan yg ada dlm software tersebut.

Terngiang-ngiang di telinga aku iaitu statement seorg sahabat katanya..," nad,aku bole hidup tanpa kawan "..

Well sahabat,hidup mmg bole hidup..sdgkan binatang pon bole hidup tanpa perlu meminta-minta makan dr sesiapa.Statement tu membuat aku terpikir dr pelbagai sudut,mungkin sekarang ko tak perlukan kwn sbb skang ko masih sehat..tp bagaimana masa ko menghadapi masalah?dgn sape ko nk heart to heart session?masa ko kawin?takkan sedara mara je yg dtg?masa ko terlentang sakit?sape nk tgk?kalo sedara mara ko dok dkt2 ok la gak..kalo jauh?tak ke kwn yg dtg?esok luse bile ko da beranak...anak2 ko kawin?kalo sedara mara ko berlonggok-longgok tkpe..dan yg plg penting,masa ko 'mati' sok,sape yg nak mandikan?sape yg kapankan?kalo kwn pon ko tak perlukan...ni kan plak ko nk join org2 surau?dan yg terpenting,sape yg nk doakan ko selain keluarga?mesti kwn2 gak yg doakan!

Memang betul kita digalakkan 'memilih' kwn,tetapi jgn terlalu selesa dgn apa yg ada.Aku sekadar mengingatkan diriku bahawa apa yg kita ada skang ni mmg takkan kekal.apa yg kekal ialah 'Amalan'.

Sekadar meluahkan kebencian sekali lagi terhadap tajuk2 utama akhbar akhir2 ni...bek ko citer rancangan kerajaan ttg bajet 2010 ni kpd rakyat..apa progressnya..tu kan lg baik?

Luangkanlah masa bersama keluarga yg tersayang walaupon sekejap!

" Selamat berhujung minggu wahai Manusia,muslimin dan muslimat "

Regards,
Cik Nad

Sunday, January 31, 2010

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung
dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus
untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai
gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai,
ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk
diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah
batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh
cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s
bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan
cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah.
Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang
tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih,
tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia
menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah
mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudarasaudaraku,
Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang
ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh
Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak
menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu
itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa.
Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku
tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Wednesday, January 27, 2010

Seperti Biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Alhamdulillah hidup seperti biasa,bernafas juga seperti biasa..( kdg2 rasa bersarang gak dada ni..di sebabkan kepulan asap yg tebal2..hehe.. ) persekitaran seperti biasa dan boleh dikatakan segalanya seperti biasa!

Yang luar biasa dlm hidupku ialah perkerjaan yg baru aku jalani iaitu seorg jurujual kpd produk ' CARIKATA E-Kamus '.Sebuah produk keluaran anak tempatan n YES..am proud of it!apa yg boleh aku ckp,produk ni bkn semata-mata kamus tetapi...PELBAGAI..n its worth it!Syukur ke hadrat ALLAH SWT...sambutan yg baik terhadap produk ni..( modal kecik,so pelan2 la kan ;p ) kpd u all kalo nk mengetahui dgn lebih lanjut lawatilah www.amanizcarikata.com utk mendapatkan info ttg produk serba guna ni.Ianya adalah sebuah perisian/software dan dibekalkan 3 user/maknanye bole install 3 kali.

Satu perasaan yg hebat bila hari2 aku bangun pagi utk pegi keje :-) excited sgt nk carik $$$,tp bukanlah jd hamba padanya.Aku selalu muhasabah diri dan sgt yakin dgn rezeki ALLAH TAALA.Buat sales ni bkn hari2 berhasil...Yg plg penting keSABARan!So,bila ada extra money tu kena la menyimpan..kalo tk,end of the day melopong la..hehe..kalo duit setinggi gunung pon,hari2 tarah..rata babe!so kene la beringat.

Yang pasti aku menyampah dgn tajuk2 utama daily newspaper lately..cam gampang je!bak kata pepatah " kerana mulut badan binasa "...

" Banyakkanlah Beribadat seolah-olah kamu akan mati esok,bekerjalah sesungguhnya seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi " sabda NABI SAW....

Aku sentiasa mendoakan sekalian makhluk yg bernyawa menikmati moment yg terindah dlm hidup dan sentiasa berbahagia+bergembira dan saling memaafkan!Wassalam....

Regards,
Cik Nad

Friday, January 22, 2010

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya
telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-
Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau
orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang
banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia
dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari
siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua
dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam
kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya
sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah
orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau
sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang
telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap
soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil
takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan
dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.Seseorang itu tidak akan
dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya
dan begitu juga seterusnya.

Wednesday, January 20, 2010

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab

Hadith :

Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”

(Bukhari)

Huraian:

Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar).

Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.

Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

Thursday, January 14, 2010

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang
menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat
kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai
Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku
seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk
seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu
Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada
Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah
berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau
pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang
memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda
itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat
tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa
pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun
berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang
pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat
melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk
di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi
pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini
Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai
Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam
hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi
Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji
sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga
perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai
dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia
inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta
kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan
dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan
mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada
kubur."

Friday, January 8, 2010

Anas mencium keharuman Syurga Firdaus

ANAS bin Nadhar adalah pemuda Muslim yang sangat cekal dan kuat dalam menghadapi apa jua rintangan. Beliau merupakan salah seorang pengikut Rasulullah di medan peperangan.

Beliau sangat gagah ketika bertempur di medan perang ibarat seekor singa yang garang. Semua musuh yang datang akan ditentang dan dibunuh habis-habisan.

Anas pernah melakukan kesilapan pada masa lampau iaitu tidak dapat bersama Rasulullah untuk pergi berjuang di medan peperangan Badar. Apabila mengenang kembali zaman yang lampau itu, beliau betul-betul terasa menyesal dan ingin menebus kembali kesilapannya itu.

Anas ingin terus berjuang menentang musuh pada peperangan yang akan datang. Betapa bersungguh-sungguhnya niat Anas itu, sehingga beliau menemui Rasulullah dan berkata: "Saya tidak menyertai engkau, ya Rasulullah ke medan perang Badar, sewaktu mula pertama kali engkau berhadapan dengan musuh Allah. Sekarang saya berhasrat benar, semoga nanti Allah akan memperkenankan saya memerangi kaum musyrik dan membuktikan betapa besarnya keimanan saya".

Apabila sampai masanya, pergilah Anas bersama-sama tentera Muslimin ke medan pertempuran di Bukit Uhud. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy.

Mereka saling berasak-asak, tikam menikam, panah memanah, sehingga lari bertempiaran musuh-musuh Allah itu dalam keadaan ketakutan. Di saat yang sangat kritis itu, Anas berteriak dengan suara yang lantang,

"Tuhanku, ampunilah aku daripada kesalahan yang telah diperbuat oleh mereka yang telah lari dan sucikanlah diriku daripada kekejian yang diperbuat oleh kaum Musyrikin."

Pada peringkat pertama, tentera Muslimin telah menemui kemenangan. Tetapi disebabkan kesalahan yang mereka lakukan iaitu dengan turun dari Bukit Uhud untuk mengutip harta yang ditinggalkan pihak musuh menyebabkan pihak musuh berpatah balik dan menyerang hendap mereka dari belakang.

Keadaan yang tidak bersedia ini menyebabkan tentera Muslimin ditentang habis-habisan.

Dalam keadaan begitu, Anas terus maju ke hadapan menentang pihak musuh yang datang secara mengejut itu.

Lalu beliau menghampiri Saad bin Muaz dan berkata: "Lihat ya Saad, itulah sayap-sayap syurga yang telah kelihatan. Aku telah mencium keharuman kasturinya di bawah tanah Uhud".

Anas sudah mengetahui bahawa ajalnya sudah hampir menjemputnya di perang Uhud. Beliau terdengar seolah-olah bidadari syurga sedang memanggil-manggilnya. Kemudian Anas terus mengayunkan pedangnya ke kiri dan ke kanan memerangi musuh sedaya upaya.

Ketika itu, Anas berada di tengah-tengah pasukan musuh dan api peperangan semakin hebat membakar. Tiba-tiba terdengar satu suara daripada tentera Quraisy mengatakan Rasulullah telah dibunuh.

Mendengar laungan itu, Anas menjadi lemah dan hancurlah hatinya. Malah menambahkan lagi hasratnya untuk syahid di medan peperangan. Beliau semakin marah dan terus menentang musuh sambil hatinya berkata, "Muhammad telah pergi dan tidak kembali lagi. Muhammad telah berangkat ke hadrat Tuhan-Nya, dan biarlah aku orang yang mulamula mengikuti jejaknya dan berjuang di bawah kibaran benderanya".

Setelah itu, gugurlah pahlawan Anas dengan luka-luka pada jasadnya lebih daripada 80 tempat kerana terkena pedang, panah dan tombak musuh.

Hancur berkecai jasadnya sehingga tidak dikenali lagi, kecuali adik perempuannya yang dapat mengecam mayat Anas melalui jari-jari tangannya. Begitulah nasib Anas bin Nadhar yang telah syahid sebagai pahlawan Islam yang berani.

Saturday, January 2, 2010

10 RAHSIA UNTUK HIDUP NAN INDAH……

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita yakni masih bernyawa untuk merasai kehidupan pada hari ini. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. SALING MEMAAFKAN
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERKONGSI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan saling berkongsi. Berkongsi apa saja, suka dan duka bersama teman, berkongsi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal