Friday, July 8, 2011

Fikirkan...

Assalamualaikum,

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur alhamdulillah segala puji bagi ALLAH SWT..junjungan besar Nabi Muhammad Saw seisi Keluarga,para Sahabat,para Nabi & Rasul,Para Malaikat & Anbia.

Saat aku melenggokkan jari untuk menjadi tarian di atas huruf-huruf untuk ku jadikan ayat..aku terlihat di dada akhbar yang menandakan bahawa ketika ini adalah hari Jumaat iaitu penghulu segala hari dan merupakan 6 syaaban 1432 ..sememangnya pantas masa berlalu.

Terlintas kata-kata ini di sanubari..Seberapa amalku?sejauh mana visiku?misi apakah seterusnya?siapa sahabatku?bagaimanakah berakhirnya?sudah cukupkah segala bekalan?
Ternyata segalanya adalah PERSOALAN.Adakah Tuan/Puan ataupun Saudara/Saudari memikirkannya?Atau sengaja persoalan ini di buang jauh-jauh atau kalian anggap sebagai enteng?

Aku bosan,muak,jijik,dan segala sepertinya dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang.Pembunuhan,pembuangan bayi,rompakan seakan sinonim,atau lebih mudah difahami ialah selalu di sebut di setiap bibir-bibir manusia yang mengambil tahu akan keadaan semasa.Aku juga benci dengan alasan yang di buat-buat sendiri..iaitu masalah MENTAL.Sekiranya sedari lahir,boleh juga di fahami..

Ramai manusia tidak menyedari ataupun dalam erti kata lain mereka tidak mengaku mempunyai masalah dalaman,terutama sekali organ yang terletak di bahagian atas,di dalam tempurung iaitu OTAK.Dan mereka ini selalu mengambil jalan mudah apabila mahu berkeputusan.Tidak mahu menerima hakikat bahawa sebenarnya mereka adalah ' Pesakit '.Banyak pesakit-pesakit di luar yang ego tidak mahu untuk mendapatkan bantuan.Aku pelik,kenapa tidak mahu membantu diri sendiri?kenapa lebih suka mengadu domba?lebih suka membuat perkara yang mereka tahu akan akibat dan balasannya?kenapa menganiaya?

Apabila syiling berdentingan di balik kaca hitam si apek tua mula mengira akan keuntungannya.Cuba kaji,siapa mangsanya?Wadah perjuangan menjadi salakan seperti binatang yang haram untuk dijamah..,yang kononnya boleh membebaskan dan memahami keinginan rakyat!Apakah sebenar matlamatnya?korupsi bersepah..hanya dengan longgokan kepingan kertas,maruah di gadai.Mana sumpah janji semasa bibir mengikrarkannya sepenuh hati?mana wajah-wajah kesayangan ' hamba ' yang menjadi sumber inspirasi tatkala darah muda ingin menabur bakti membela bangsa?IKTIKADnya?

Carutan sesama saudara,sesama bangsa dan berbilang kaum boleh di saksikan secara langsung di dalam kaca televisyen,di manakah adabnya?Guru agama ( Ustaz & Ustazah ) dijadikan bahan ketawa untuk menawan hati manusia lain demi kepentingannya!

Aku mempunyai hati,aku juga mempunyai rasa...janganlah kau fikir aku tidak mencuba.Bahagia ada tempatnya,sedekad dulu adalah permulaan..realitinya di sini,bukanlah medan untuk kita mencari kebahagiaan,kecintaan mahupun mengecapi apa jua yang dikatakan sejati.Cukuplah sekadar dengan menghargai ruang dan kesempatan yang telah di berikan oleh Sang PENCIPTA!

" Yakini dengan keperibadianmu,kamu akan sentiasa hebat dan selalu diyakini! "

Regards,
Cik Nad

No comments: