Sunday, October 23, 2011

'Aku' mendalami peranan itu!

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerna masih diberikan kesempatan untuk aku melontarkan segala pengalaman & pandangan sepanjang 'tempoh senyap' selama aku tidak menulis kebelakangan ini.

Alhamdulillah,segala urusan kerja sentiasa dipermudahkan olehNYA setelah hampir sebulan aku bermusafir di utara tanah air semenanjung Malaysia,Terima kasih yang tidak terkata kepada bumi bertuah ini kerana setiap perjalanan sentiasa di dalam rahmatNYA..Amin!

Aku berpeluang menonton sebuah filem Filipina petang semalam,aku tertarik dengan watak tempelan seorang pelakon di dalam filem itu..adegan,situasi & karakter..aku mendalami 'Peranan' itu!Aku tersenyum,aku merasai,aku melihat,aku kecewa,aku berputus asa,aku gembira dan pelbagai lagi 'rasa' itu.

Aku 'tersenyum' setiap kali kami berbual!
Aku 'merasai' degupan jantungku berdetak kencang setiap kali aku memikirkannya!
Aku 'melihat' keluhuran di dalam matanya!
Aku 'kecewa' kerna bukan aku yang membahagiakannya!
Aku 'berputus asa' untuk melukakan hati insan lain!
Aku 'gembira' melihat sebuah keluarga bahagia yang terbina atas dasar kasih sayang & cinta,walaupun bukan 'aku' peneraju utamanya!

Aku dapat merasakan betapa keinginannya meluahkan perasaan yang terbuku sejak sekian lama,tetapi hanya senyuman terukir di bibir untuk menjelaskan segalanya.Demi menjaga keamanan insan lain,dia mengalah.Serius,aku mengerti!

Wassalam.

Regards,
Cik Nad


No comments: