Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada disuatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.
Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Ditapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya.
Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu."Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru,rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakala 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawal agi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu.'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya,"Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh.
Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan di adili segalaperbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya imanengkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati.Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawaAllah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu.
Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?" "Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan olehTuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata,"'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan olehTuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambungnya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakankepada Tuhan supaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan.""Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadratTuhan.
Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar,tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia'Uzair."Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isiTaurat yang betul." 'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair.
Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual olehTuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula.Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.
Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, olehitu gunakanlah akal kita untuk berfikir.
Saturday, October 31, 2009
Friday, October 30, 2009
SAYU TALAM TIADA SAYANG!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mukadimah yg tk ingin aku lebarkan,aku terus kpd 'pokoknya'!teruskanlah menyembah 'ego' kalian yg tk seberapa,pikiran yg singkat,hanya berseronok utk hari ini,minggu ini,bulan ini dan tahun ini..tapi TIDAK tahun depan!kegembiraan yg plastik,dan sebenarnya hati yg paling dalam itu SAYU..sayu mengenang nasib yg di kelilingi oleh pengadu domba yg setia,bercerita dari muka ke muka.TIADA sebarang raut wajah yg ikhlas dan menawan hati..yg ada hanyalah TALAM..lidah mempunyai seribu cabang.SAYANG kau telah digunakan..pelbagai TOPENG plastic telah diwarnakan.Dan kau sebenarnya kosong dan ruang itu gelap,kau sesat tanpa hala tujuan.
Regards,
Cik Nad

Thursday, October 29, 2009
KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi walailaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solliala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Monday, October 26, 2009
Jaminan syurga jika diri bebas perasaan hasad,iri hati!
ANAS bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi SAW, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.
Kemudian esok harinya, Rasulullah SAW bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi SAW bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, " Baiklah".
Anas berkata, " Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, dan jika berwuduk sempurna dan juga sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunat. Itu yang saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam tidak lebih dari itu, dan ia tidak berkata-kata kecuali yang baik".
"Setelah tiga malam saya berasa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan berkata kepadanya, "Sebenarnya antaraku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut. "Akan tiba padamu seorang ahli syurga". Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, "Saya ingin mengetahui apa amalmu dan saya berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan". "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi SAW bersabda sedemikian"? Jawabnya: "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat". Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang ia mendapatnya". Saya berkata, " Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi SAW bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan".

Sunday, October 25, 2009
KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya AllahS.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Friday, October 23, 2009
Malam yang dingin!
ALLAH memberi selamat ke atasmu,
Salam sejahtera pada sume.Hari ni agak terkejut utk aku coz byk plak 'visitor' yg mai singgah kt blog nih..nk cari bahan 'umpatan' la tuh..hahahaha..WHATEVER!yg penting aku da selesaikan perkara yg penting berkaitan dgn connection bg sesetengah pihak.aku hanya perlukan surrounding yg sehat dan positive..negative aku takmo okay!setelah melalui sesi terapi semalam,ternyata TUHAN ingin menduga and show something to me.Dari hati yg paling dalam,aku memanjatkan setinggi kesyukuran terhadapMU YA ALLAH :-) Akan tetapi,aku bknlah jenis manusia yg mudah melupakan segala kebaikan org lain.takkan kita nk kaji yg buruk je kan?well,it takes time.
Nampaknya skang da start musim tengkujuh..hari2 hujan.kedinginan malam plak mempengaruhi tidur yg nyenyak dan nyaman..hehe..syok tido wooo!!!btw,aku dah susun activity utk weekend ni with family n friends.hi tea perhaps?yeah...ok gak.sepanjang minggu memikirkan keje..nk gak berkongsi pendapat ttg project yg aku jlnkan skang.Now,aku dan seorg sahabat sdg giat menjalankan perniagaan(kitorang distributor je :p ) berkaitan dgn software,iaitu CARIKATA E-Kamus.it's a dictionary electronic..just install to ur computer n we provide 20 jenis kamus yg terkini di pasaran.semuanya di bwh pengawasan Dewan Bahasa & Pustaka.it's a good product actually since we're not influent in our bahasa..hahaha..product ni jgk ada menyediakan contoh2 surat(pelbagai) utk kegunaan pejabat mahupun utk pelajar,dr sekolah rendah sampai la ke university.dilengkapi dgn penyemak ejaan dlm bahasa melayu dan english dan fungsi suara.the price?of course reasonable n affordable.kpd kwn2,kalo berminat..jgn segan silu roger2 eh.
Ketenangan hati mmg mempengaruhi mood seseorg..jd,aku nk mintak maaf pada sume org yg baca blog ni..dan aku telah pon memaafkan sume org dr dunia dan akhirat..InsyaALLAH.Sesungguhnya,segala yg baik sumenya dari YANG MAHA ESA..dan yg sebaliknya dari kita sendiri.bersamalah kita mengingatkan diri dan yg lain2!
Wassalam.
" Semoga seisi alam bergembira dan bersyukur "

Thursday, October 22, 2009
KAMAR-KAMAR DI SYURGA
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan didalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia."Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat."Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Saturday, October 17, 2009
Really GOOD!!!!!!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sudah lama aku tidak berkesempatan menarikan jari2 ini utk sesi komunikasi di alam maya yg sentiasa menantikan coretan atau sorotan kesah terbaru dlm hidup yg berliku.Alhamdulillah,itu adalah rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT terhadap peluang dan juga maseh lg memberikan udara utk hambaNYA ini bernafas seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba,anak,adik,saudara,jiran,sahabat,kawan dan sebagainya.
Segala kekusutan yg berlaku lately(2,3 months back) hampir menemui jalan penyelesaiannya apabila terungkai semua penyebab masalah itu berlaku!I do have such a FRIEND..damn' good..GOOD PRETENDER!can u guys imagine?hmm...nk carutkan pon no point!manalah jenis manusia mcm ni dpt strength utk benda2 ni sume,terpikir jgk dlm pala otak aku ni..nk kata tade perasaan,touching lebeh2..pls la babe,if u read my blog..dont start to be a GOOD PRETENDER,just be URSELF!tu kan lg mulia.org pon tk benci!
Walau setinggi gunung $$$ ko,jgn la ingat kwn2 ko hadap sgt!Money cant buy relationship,just admit ur mistake..n we FORGIVE n FORGET!dont lie to ur friends,especially lie to urself!Dont influenced other people to be a liar just like U!end of the day aku tau gak.My ADVISE is,change ur attitude,mind,and back to basic..
" Mendoakan semua makhluk aman dan tenteram! "
Regards,
Cik Nad.

Friday, October 16, 2009
MAYAT BANGUN DARI KUBUR
Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin
Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin
Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk
menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat
menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya.
"Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang
ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayatmayat
terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya,
Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.
"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang
di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan
mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it
bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah
memutih.
Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu
sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar
panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah
meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum
hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah
semula orang-orang yang kafir itu.

Thursday, October 15, 2009
KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil danIzrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawatke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbingtangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.
"Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan akuberi mereka itu minum dari telagamu.
"Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujudkepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga AllahS.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu,akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti akumencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikatmemberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, harap para pembaca tidak akanmelepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita NabiMuhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayanganAllah, Rasul dan para malaikat.

Wednesday, October 14, 2009
KISAH TEMPAT TINGGAL RUH
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar darijasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-
· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendakmereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dantidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyakmisik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksabeserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yangakan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar darikuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

Wednesday, October 7, 2009
KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY
Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka
akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy,
yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula
dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu
hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Subscribe to:
Posts (Atom)