Thursday, October 15, 2009

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil danIzrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawatke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbingtangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

"Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan akuberi mereka itu minum dari telagamu.

"Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujudkepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga AllahS.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu,akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti akumencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikatmemberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, harap para pembaca tidak akanmelepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita NabiMuhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayanganAllah, Rasul dan para malaikat.

No comments: