Thursday, January 29, 2009

Hahahaha!!!!!

Assalamualaikum,

Hey yall ;p perasaanku terbuai-buai siot..damn it!!!di alam fana cinta kot..huhu ;p
ahhhhhh...bullshit!!!!mane dtgnya???hahahahaha....tu la tgk film byk for the past 3 days..ni la akibatnya...wakakakakaka....aku pon tak tau la guys...mcm haram je bunyiknye..
ok la gtg..tata!!

Regards,
Cik Nad

Tuesday, January 27, 2009

Pengalaman baru!

Assalamulaikum,

Well,seperti yg dinyatakan am gonna update my blog especially for my readers :) actually me n my friends da lama plan utk ke 'pantai merdeka' for holiday..lucky kitorang ada abg angkat kt sana..so easier for us to travel..desiran ombak menyambut kedatangan kami dimana tempat kami menyewa rumah betul2 di depan pantai,kelihatan org2 kampong sebok menjala utk mencari ikan dan juga kehidupan laut yg lain!senyuman org2 disana cukup melegakan hati kami sebagai pelancong yg pertama kali menjejakkan kaki disitu..secara peribadi yg aku ingin sampaikan ialah,keramahan dan juga kebaikan mereka jelas apabila menyambut kedatangan kami biarpon dgn secawan air teh dan juga biskut tawar yg dihidangkan.
Bila malam menjelang,kami berkumpul utk menikmati juadah di gerai yg ternyata murah dgn hidangan yg 'fresh' dr laut..alhamdulillah rezeki ALLAH TAALA..dgn keizinanNYA..sampai juga hajat kami utk menikmati panorama disitu.pelbagai topik yg menjadi tajuk perbualan kami dan yg paling menarik hati adalah tentang 'gunung jerai'..dimana disitu menjadi tempat pertapaan bg mereka yg inginkan 'ilmu'..menurut org kampong,ada sebuah gua yg menjadi perhatian bg mereka yg menginginkan 'ilmu' tersebut..dan bukan semua org yg boleh melewati tempat itu..semuanya atas izinNYA.menurut mereka,'mimpi' adalah salah satu alamat ataupon 'seruan' utk ke gunung jerai utk mengetahui rahsia ataupon khazanah yg terdapat disitu.
Dikatakan yg menjaga tempat itu adalah 'wali2 ALLAH'..dan juga makhluk halus seperti 'bunian'..mereka juga berkomunikasi seperti kita,tetapi number handphonenya ada 14 number..contoh 017-12345678912345..hmm..hairankan?sekiranya number kite adalah number yg tk diundang..automatically handphone kite bole rosak..wallahualam..itu kata mereka!bg mereka yg mengamalkan pertapaan ini..gunung jerai adalah tempat pertapaan yg terakhir dlm pembelajaran mereka..kiranya,gunung jerai ni lagi thrill la dari gunung2 yg lain termasuk gunung ledang.
Keesokan ptgnya kami mengambil keputusan utk ke Baling,hampir 2 jam dr tmpt tinggal kami utk menemui seorg yg kite bole panggil 'tok'..berbangsa indonesia yg menjadi penoreh getah di daerah Baling..mlm melabuhkan tirainya..dikiri dan kanan kami adalah hutan tebal,tiada bangunan,rumah atau apa pon kecuali hutan belantara..semasa dlm perjalanan,kwn kami telah 'diganggu'..dgn secara tiba2 dan nak terjun dr van!!msg2 mulut terkumat kamit membaca pelbagai surah dan berzikir,aku merasakan tetiba bahu blakang ku sgt sakit dan lenguh..tetapi aku tak peduli..aku tetap membaca apa yg sepatutnya..mlm begitu dingin..tetapi blakang badanku terasa sgt panas..aku pelik..tapi aku tetap mendiamkan diri.
Sesampainya kami di rumah 'tok' itu,kami semua disuruh 'scan' oleh abg angkatku..seorg demi seorg disuruh..tiba giliranku..seperti yg aku jangka..'makhluk' itu singgah di blakangku..menurut kata 'tok'..sesiapa yg menolong mangsa,posibility utk terkena sgt cerah..perasaanku ketika itu?aku berserah dan redha..aku hanya mohon,agar segalanya berjalan lancar dan selamat pergi dan balik..itu saja permintaanku..selesai 'scan'..aku merasakan kepanasan yg aku rasakan sebelom itu terus hilang serta merta..ku panjatkan kesyukuran..aku tahu,ALLAH memakbulkan permintaanku.
Selama ni,aku hanya pernah mendengar cerita saja..hmm..dlm hati kecilku,"kalau lah aku dpt melihat semua ini"..sesungguhnya org yg tak pernah melaluinya mmg takkan percaya,tetapi bukankah di dlm salah satu rukun iman adalah 'percaya pada alam ghaib'.ceritaku kali ini bukan utk menjemput prasangka,tapi hanyalah sebuah perkongsian pengalaman!

Berbahagialah kalian :-)

Regards,
Cik Nad

Monday, January 26, 2009

Soon...

Hey guys :)

Gonna update my blog ASAP k..just came back from kedah about 2 hours ago..

Gong Xi Fa Cai...

Regards,
Cik Nad

Sunday, January 18, 2009

Kosong

Assalamualaikum,

Entry aku kali ni agak berbeda dr yg sebelumnya..mungkin kerna mahu polish kemahiran 'bahasa'ku..atau melontarkan kata2 yg mungkin indah atau sebaliknya menerusi jari jemariku!bagi aku,meluahkan dari hati adalah sesuatu yg lebih bernilai..seperti angin,kita tk dpt melihat..tapi kite merasainya!ntah kenapa..fikiran aku tk menentu,jiwa hampir kosong..dan aku adalah manusia yg tk reti ataupon tk sinonim dgn perkataan 'hipokrit'..aku menulis mengikut gerak langkah jemari ini dan hatiku..bagi ku,lebih tulus dr kata2 manis apabila bersuara!
Hidup adalah sebuah perjalanan yg memerlukan destinasi..tetapi,hanya PENCIPTA yg lebih tau samada kite sampai ke destinasi yg di impikan atau ke destinasi yg lain.hampir suku abad aku hidup di dunia ini,secara peribadi..aku merasakan bahawa sepanjang hidupku aku hanya melalui pengalaman hanya sebesar zarah/kuman.aku tak tau apa yg bakal mendatang,aku menulis hanya apa yg terlintas..aku tak mengharapkan pujian,cacian,makian mahupon apa2!
Kebahagiaan?aku hampir 'hilang nikmat'..utk merasai apa itu kebahagiaan!!!kesedihan itu,aku lemparkan jauh2..tetapi ianya seakan menipu diri sendiri kerna aku tidak meREDHAI..dgn apa yg berlaku..kekecewaan umpama teman baikku..aku tidak menyalahkan takdir,kerana org yg menyalahkan takdir adalah org yg tidak menSYUKURI nikmat yg telah diberikan oleh ALLAH TAALA.aku seorg yg sukar berkongsi masalah,mungkin itu sifatku..tapi itu tidak bermakna aku suke mendengar masalah..padaku selagi tak menjadi penghuni liang lahad,selagi itu masalah tetap ada..dan jgn sangka apabila kite dah jadi penghuni tetap liang lahad,masalah akan lenyap!!
Aku dlm proses utk mengerti apa itu KEHIDUPAN..adakah ianya semata-mata tanggungjawab?kasih?sayang?kesedihan?cinta?kedukaan?dan kdg kala tertanya-tanya,adakah AKU seorg ISLAM yg sejati?Hanya TUHAN yg ada jawapan kepada persoalan ku!
Nukilanku terhenti di sini,tiada buah fikiran utk aku utarakan lagi!selamatlah kalian utk segalanya..wassalam.

Ikhlas,
Cik Nad

Thursday, January 15, 2009

Perginya seorang insan..




Assalamualaikum,
Perginya seorg insan yg aku panggil atok!(ayahanda kpd ayahku)..pd 13hb jan 2009..jam 3.25 minit ptg di hospital hukm.semoga atok Hj.Nordin Bin Majidun ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan diredhai oleh ALLAH SWT..Amin..
Aku maseh ingat kali terakhir aku bersua muka dgn arwah 4 hari sebelom beliau meninggal..atok kelihatan normal dan amat mesra..kebetulan masa tu,makcik2 aku yg lain keluar membeli belah..kami berbual,bergurau dan bercanda seolah-olah itulah petanda bahawasanya atok akan 'pergi'.aku mendapat panggilan drpd abg aku yg mengatakan bahawa atok telah dimasukkan ke dlm ICU..dan katanya atok tkde harapan..pada masa tu,aku tergamam kerana baru kelmarin kami bersenda gurau dan menghabiskan masa bersama.aku dtg melawat atok,dan apa yg aku lihat badannya terbujur kaku..dan alat pernafasan yg membantunya bernafas..jauh disudut hatiku..aku tau atok akan pergi..tapi aku yakinkan diri maseh ada harapan lg utk atok terus hidup!ternyata ALLAH lebih sygkan atok,2 hari selepas koma,atok telah menyahut seruan ILLAHI..berpunca dr strok.kini,tiada lah lg insan yg bole aku panggil atok..kerana kedua-dua atok dan nenek telah pon menghadap sang PENCIPTA.
Regards,
Cik Nad


















Monday, January 5, 2009

Welcome 2009!

Assalamualaikum,

Segala puji bg ALLAH SWT..serta junjungan besar NABI kite NABI MUHAMMAD SAW..serta para sahabat BAGINDA..dpt jugak kite menempuh ke tahun yg baru ini iaitu 2009..azam?hmm..tak payah la tanya cik nad punye azam apa...tp apa yg penting cik nad nk mengimprovekan diri sendiri dr segala segi..insyaALLAH..
Okay,utk tahun baru ni cik nad telah menceburi bisnes kecik2 iaitu 'KARIPAP FROZEN'..so,u all tinggal nk goreng je la..pada org2 yg maha pemalas elok beli product aku..hahahaha!!!!!ada 2 jenis yg aku jual..sardin&kentang!dipendekkan citer 1 pek ada 20 biji..utk sardin harganya adalah rm10 dan utk kentang harganya adalah rm8.50!jadi kepada sahabat2 yg berminat utk mencuba karipap yg aku jual ataupon nk join jual sekali pon bolehhh!!!sila hubungi terus ke talian 017-2408409!order seminggu awal eh...akhir kata..tlg la org2 yg mcm aku yg baru2 nk niaga nih..amin :-)

jaga diri dan simpan wang dlm bank :p

Regards,
Cik Nad