Sunday, January 18, 2009

Kosong

Assalamualaikum,

Entry aku kali ni agak berbeda dr yg sebelumnya..mungkin kerna mahu polish kemahiran 'bahasa'ku..atau melontarkan kata2 yg mungkin indah atau sebaliknya menerusi jari jemariku!bagi aku,meluahkan dari hati adalah sesuatu yg lebih bernilai..seperti angin,kita tk dpt melihat..tapi kite merasainya!ntah kenapa..fikiran aku tk menentu,jiwa hampir kosong..dan aku adalah manusia yg tk reti ataupon tk sinonim dgn perkataan 'hipokrit'..aku menulis mengikut gerak langkah jemari ini dan hatiku..bagi ku,lebih tulus dr kata2 manis apabila bersuara!
Hidup adalah sebuah perjalanan yg memerlukan destinasi..tetapi,hanya PENCIPTA yg lebih tau samada kite sampai ke destinasi yg di impikan atau ke destinasi yg lain.hampir suku abad aku hidup di dunia ini,secara peribadi..aku merasakan bahawa sepanjang hidupku aku hanya melalui pengalaman hanya sebesar zarah/kuman.aku tak tau apa yg bakal mendatang,aku menulis hanya apa yg terlintas..aku tak mengharapkan pujian,cacian,makian mahupon apa2!
Kebahagiaan?aku hampir 'hilang nikmat'..utk merasai apa itu kebahagiaan!!!kesedihan itu,aku lemparkan jauh2..tetapi ianya seakan menipu diri sendiri kerna aku tidak meREDHAI..dgn apa yg berlaku..kekecewaan umpama teman baikku..aku tidak menyalahkan takdir,kerana org yg menyalahkan takdir adalah org yg tidak menSYUKURI nikmat yg telah diberikan oleh ALLAH TAALA.aku seorg yg sukar berkongsi masalah,mungkin itu sifatku..tapi itu tidak bermakna aku suke mendengar masalah..padaku selagi tak menjadi penghuni liang lahad,selagi itu masalah tetap ada..dan jgn sangka apabila kite dah jadi penghuni tetap liang lahad,masalah akan lenyap!!
Aku dlm proses utk mengerti apa itu KEHIDUPAN..adakah ianya semata-mata tanggungjawab?kasih?sayang?kesedihan?cinta?kedukaan?dan kdg kala tertanya-tanya,adakah AKU seorg ISLAM yg sejati?Hanya TUHAN yg ada jawapan kepada persoalan ku!
Nukilanku terhenti di sini,tiada buah fikiran utk aku utarakan lagi!selamatlah kalian utk segalanya..wassalam.

Ikhlas,
Cik Nad