Tuesday, January 27, 2009

Pengalaman baru!

Assalamulaikum,

Well,seperti yg dinyatakan am gonna update my blog especially for my readers :) actually me n my friends da lama plan utk ke 'pantai merdeka' for holiday..lucky kitorang ada abg angkat kt sana..so easier for us to travel..desiran ombak menyambut kedatangan kami dimana tempat kami menyewa rumah betul2 di depan pantai,kelihatan org2 kampong sebok menjala utk mencari ikan dan juga kehidupan laut yg lain!senyuman org2 disana cukup melegakan hati kami sebagai pelancong yg pertama kali menjejakkan kaki disitu..secara peribadi yg aku ingin sampaikan ialah,keramahan dan juga kebaikan mereka jelas apabila menyambut kedatangan kami biarpon dgn secawan air teh dan juga biskut tawar yg dihidangkan.
Bila malam menjelang,kami berkumpul utk menikmati juadah di gerai yg ternyata murah dgn hidangan yg 'fresh' dr laut..alhamdulillah rezeki ALLAH TAALA..dgn keizinanNYA..sampai juga hajat kami utk menikmati panorama disitu.pelbagai topik yg menjadi tajuk perbualan kami dan yg paling menarik hati adalah tentang 'gunung jerai'..dimana disitu menjadi tempat pertapaan bg mereka yg inginkan 'ilmu'..menurut org kampong,ada sebuah gua yg menjadi perhatian bg mereka yg menginginkan 'ilmu' tersebut..dan bukan semua org yg boleh melewati tempat itu..semuanya atas izinNYA.menurut mereka,'mimpi' adalah salah satu alamat ataupon 'seruan' utk ke gunung jerai utk mengetahui rahsia ataupon khazanah yg terdapat disitu.
Dikatakan yg menjaga tempat itu adalah 'wali2 ALLAH'..dan juga makhluk halus seperti 'bunian'..mereka juga berkomunikasi seperti kita,tetapi number handphonenya ada 14 number..contoh 017-12345678912345..hmm..hairankan?sekiranya number kite adalah number yg tk diundang..automatically handphone kite bole rosak..wallahualam..itu kata mereka!bg mereka yg mengamalkan pertapaan ini..gunung jerai adalah tempat pertapaan yg terakhir dlm pembelajaran mereka..kiranya,gunung jerai ni lagi thrill la dari gunung2 yg lain termasuk gunung ledang.
Keesokan ptgnya kami mengambil keputusan utk ke Baling,hampir 2 jam dr tmpt tinggal kami utk menemui seorg yg kite bole panggil 'tok'..berbangsa indonesia yg menjadi penoreh getah di daerah Baling..mlm melabuhkan tirainya..dikiri dan kanan kami adalah hutan tebal,tiada bangunan,rumah atau apa pon kecuali hutan belantara..semasa dlm perjalanan,kwn kami telah 'diganggu'..dgn secara tiba2 dan nak terjun dr van!!msg2 mulut terkumat kamit membaca pelbagai surah dan berzikir,aku merasakan tetiba bahu blakang ku sgt sakit dan lenguh..tetapi aku tak peduli..aku tetap membaca apa yg sepatutnya..mlm begitu dingin..tetapi blakang badanku terasa sgt panas..aku pelik..tapi aku tetap mendiamkan diri.
Sesampainya kami di rumah 'tok' itu,kami semua disuruh 'scan' oleh abg angkatku..seorg demi seorg disuruh..tiba giliranku..seperti yg aku jangka..'makhluk' itu singgah di blakangku..menurut kata 'tok'..sesiapa yg menolong mangsa,posibility utk terkena sgt cerah..perasaanku ketika itu?aku berserah dan redha..aku hanya mohon,agar segalanya berjalan lancar dan selamat pergi dan balik..itu saja permintaanku..selesai 'scan'..aku merasakan kepanasan yg aku rasakan sebelom itu terus hilang serta merta..ku panjatkan kesyukuran..aku tahu,ALLAH memakbulkan permintaanku.
Selama ni,aku hanya pernah mendengar cerita saja..hmm..dlm hati kecilku,"kalau lah aku dpt melihat semua ini"..sesungguhnya org yg tak pernah melaluinya mmg takkan percaya,tetapi bukankah di dlm salah satu rukun iman adalah 'percaya pada alam ghaib'.ceritaku kali ini bukan utk menjemput prasangka,tapi hanyalah sebuah perkongsian pengalaman!

Berbahagialah kalian :-)

Regards,
Cik Nad

1 comment:

sicKo^ said...

berani makhluk tu duduk belakang ko.. dia taktau ko lagi ganas dari dia...