Assalamualaikum,
Perginya seorg insan yg aku panggil atok!(ayahanda kpd ayahku)..pd 13hb jan 2009..jam 3.25 minit ptg di hospital hukm.semoga atok Hj.Nordin Bin Majidun ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan diredhai oleh ALLAH SWT..Amin..
Aku maseh ingat kali terakhir aku bersua muka dgn arwah 4 hari sebelom beliau meninggal..atok kelihatan normal dan amat mesra..kebetulan masa tu,makcik2 aku yg lain keluar membeli belah..kami berbual,bergurau dan bercanda seolah-olah itulah petanda bahawasanya atok akan 'pergi'.aku mendapat panggilan drpd abg aku yg mengatakan bahawa atok telah dimasukkan ke dlm ICU..dan katanya atok tkde harapan..pada masa tu,aku tergamam kerana baru kelmarin kami bersenda gurau dan menghabiskan masa bersama.aku dtg melawat atok,dan apa yg aku lihat badannya terbujur kaku..dan alat pernafasan yg membantunya bernafas..jauh disudut hatiku..aku tau atok akan pergi..tapi aku yakinkan diri maseh ada harapan lg utk atok terus hidup!ternyata ALLAH lebih sygkan atok,2 hari selepas koma,atok telah menyahut seruan ILLAHI..berpunca dr strok.kini,tiada lah lg insan yg bole aku panggil atok..kerana kedua-dua atok dan nenek telah pon menghadap sang PENCIPTA.
Regards,
Cik Nad
No comments:
Post a Comment