Friday, July 31, 2009

Kelebihan Bulan SYAABAN.

Tersebut di dalam KItab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada RASULULLAH S.A.W kali keduanya,katanya : Ya MUHAMMAD,gembirakanlahku bahawa ALLAH SWT telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukanNYA sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu RASULULLAH pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit yang pertama,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat,Malaikat menyeru bagi orang yang berzikir malam ini.

Pada pintu langit yang kelima,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan ALLAH SWT pada malam ini.

Pada pintu langit yg keenam,Malalikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta,maka dikurniakan permintaan itu.

Pada pintu langit yang kelapan,Malaikat menyeru :Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya?Aku bertanya kepada Jibril,sampai bilakah terbuka semuanya pintu ini (diterima doa) jawab Jibril : sehingga naik fajar subuh.Dan katanya lagi : Pada malam ini dimerdekakan hambaNYA yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing).

Dalam suatu riwayat yang lain pula bahawa ALLAH memerdekakan hambaNYA daripada neraka sebanyak bintang-bintang di langit dan sebanyak hari dunia dan malamnya.Pada malam inilah dihantarkan ALLAH akan Jibril ke syurga untuk menghiasi Syurga.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jaelani di dalam Ghaniah : Bahawa Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat,begitu juga pada malam Lailatulqadar mereka tidak tidur,dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya.Dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan beribadat,kerana mereka tidur pada malamnya.

Telah disebutkan empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) ; iaitu malam Nisfu Syaaban,malam Raya Fitrah yang pertama,malam Raya Aidiladha yang pertama dan malam Arafah.Disembunyikan malam Lailatulqadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka,supaya sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh hari terakhir daripada Ramadhan umat MUHAMMAD berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya.Demikian pula waktu mustajab doa pada hari Jumaat.Demikian pula disembunyikan (nama ALLAH yang teragung) di dalam Asmaul-husna yang amat mustajabkan doa kerananya.

Sama-samalah kita menghayatinya..

Regards,
Cik Nad.

Thursday, July 23, 2009

Kemuliaan SYAABAN

Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan SYAABAN dan akhir Khamis drpd SYAABAN,dimasukkan dia ke dlm SYURGA.

Barangsiapa berpuasa sehari pd bln SYAABAN diharamkan ALLAH tubuhnya dr api neraka.dia akan menjadi taulan Nabi ALLAH Yusuf di dlm Syurga.diberi pahala oleh ALLAH seperti pahala Nabi ALLAH Ayub dan Nabi Daud.Jika dia sempurnakan sebulan bln SYAABAN,dimudahkan ALLAH atasnya Sakratulmaut dan ditutup ALLAH keaibannya di hari Qiamat dan diwajibkan Syurga baginya.

Regards,
Cik Nad.

Monday, July 20, 2009

Bakal berakhirnya bulan ALLAH yakni Rejab.

REJAB bln menabur Benih.SYAABAN bln menyiram Tanaman.RAMADHAN bln Menuai.REJAB menyucikan Badannya.SYAABAN menyucikan Hatinya.RAMADHAN menyucikan Rohnya.REJAB bln Maghrifah(Keampunan).SYAABAN bln Syafaat.RAMADHAN bln menggandakan Kebajikan.REJAB bln Taubat.SYAABAN bln Muhibah.RAMADHAN dilimpahi pahala amalan yg byk.REJAB diganda 70 pahala.SYAABAN diganda 700 pahala.RAMADHAN diganda 1000 pahala.

Renung2kanlah!semoga berjumpa lagi Rejab tahun hadapan..insyaALLAH.

Regards,
Cik Nad.

Peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Regards,
Cik Nad.

Friday, July 17, 2009

Dugaan.......

Assalamualaikum,

Hati mula rasa tenang,fikiran bertambah waras..hmm..lately rasa down sgt..maaflah kalo ada sesapa terasa hati.adat manusia apabila dilanda musibah..lost tetiba!itu lah yg happened pada aku didalam bulan REJAB ni.tapi aku tau tu sume dugaan didunia..aku mengharapkan lebih ringan di Akhirat kelak.Hati terasa puas apabila melihat mommy aku tersenyum girang dan happy,yesterday birthday die(yg ke 61)..we had late supper together di tmn dagang.bersyukur aku yg tk terhingga kerna mommy maseh lg bernafas dan sehat lg.die la kekuatan aku sebenarnya,seorg ibu yg cekal dan tabah.tak penah berputus asa utk berjuang dlm hidup.sentiasa berkorban utk aku.aku lah keutamaannya..dan mommy lah keutamaan aku!

Aku tak tau apa yg bakal mendatang,tapi naluri seolah menyuluh jalan yg harus dan terpaksa aku lalui..aku Redha.warkah aku kali ni pon bukan nk komplen bagai..tapi kepuasan dlm penulisan yg aku cari.walaupon tade apa yg menarik ttg diriku.hidup masih terumbang ambing,maseh bergantung..blom rezeki agaknya.byk hal dan perkara aku persetankan dlm bulan ALLAH ni.mungkin hidangan ini mematangkan aku.dan aku make sure yg aku akan ke landasan yg betol soon..insyaALLAH.

Semoga ALLAH memberkati kalian!

Regards,
Cik Nad.

Thursday, July 2, 2009

U ask for it!

1. Bekas kekasih saya adalah :
...Seekor lipan :p ( am not gonna tell,dasar Scorpio..haha!! )


2. Saya sedang mendengar :
...gubahan rindu puisi syahdu by fauziah latiff..


3. Mungkin saya patut:
...menggantikan pekerjaan Samantha Brown ataupon Ian Wright ( GOD,I love their Job! )


4. Saya suka :
a) spend my quality time with family
b) hang out with friends
c) good foods...i like!
d) bersendirian sambil menulis
e) owhh..owhh..bersama kucing2ku yg semakin productive :p
f) keindahan laut yg mendamaikan dan kehijauan gunung ganang


5.Sahabat-sahabat baik saya :
...Saya mempunyai 'a few' yg bole saya panggil SAHABAT..( saya takkan tulis namanya,semuanya akan pasti apabila SAHABAT itu berada dgn saya sewaktu sakit dan apabila Malaikat Maut menghampiri saya)


6.Saya tak paham :
a) apabila seseorang tu berpisah dgn pasangannya,segalanya menjadi bencana!bukankah kalian pernah berkasih sayang?jgnlah kerana 'perpisahan' yg terjadi,segala kenangan kalian padamkan!
b) apabila sang suami sanggup memukul/menggunakan kekerasan pada si isteri.bukankah kalian yg meminta mereka utk sehidup semati?bukankah kalian yg mendesak ibu bapa kalian utk meminang si isteri?bukankah kalian gementar utk pertama kalinya utk melafazkan akad utk bertanggungjawab terhadap si isteri?dan tergamak kalian memukul teman setiamu di tempat tidur?sanggup kalian mengasari ibu kpd anak2 kalian?
c) segala petunjuk telah dibentangkan di depan mata,tapi masih tk dpt menerima kenyataan.come on la usia kita takkan menunggu!


7.Saya kehilangan :
...Org2 yg saya sayang dan saya REDHA!


8.Ramai yang berkata :
a) am a good listener!
b) nape Najib bole jd PM? :p
c) nape Anwar tk jd PM? :-)


9.Makna nama saya :
...yg saya tau nama ujung je 'NADIAH'..yakni 'baik hati'... ( hahaha )

10.Cinta itu adalah :
...SUBJEKTIF...apa yg pasti ianya sgt indah!


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
...asyik bermain gitar... ( Aku nk blaja!!!!!! )

12.Saya akan cuba :
...membahagiakan mommy & daddy saya sementara saya ada.dan mencari arah tujuan yg sebenar di dunia & akhirat..insyaALLAH.


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
...Kekal Abadi...

14.Telefon bimbit saya :
...saya biarkan berdering... ( not in the mood )


15.Bila saya terjaga dari tidur :
a) bersyukur kpdNYA kerna maseh lg bernafas dan terus ke toilet
b) kemudian terus mendapatkan mommy saya yg sentiasa busy di dapur :-)
c) memikirkan si DIA..


16.Saya paling meluat apabila :
...mendengar tangisan kanak2 yg dibiarkan oleh ibubapa mereka!


17.Pesta/Parti adalah :
...suatu pengalaman di masa silam saya.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
...Definitely my pets...huhu


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
...Every second...


20.Hari ini :
...saya akan menghasilkan sesuatu yg indah,mungkin saya akan berkongsi dgn anda!


21.Malam ini saya akan :
...tido lambat serta akan bersahur...

22.Esok pula saya akan :
...Puasa sunat REJAB...( hari ke 4 )

23.Saya betul-betul inginkan :
~ menjadi Hamba yg mendapat tempat disisiNYA ~
a) sebuah keluarga yg sederhana dari segala segi
b) menjauhkan diri dari sebarang masalah
c) economy yg stabil
d) percutian di French Polynesia Bora Bora Tahiti
e) membahagiakan seseorang dgn kasih sayang saya,dan sebolehnya saya ingin menjadi 'ALL in 1'..utk si Dia..


24.Ketika saye lihat wajah saye di hadapan cermin pagi ini :
...seperti biasa,maseh comel seperti selalu :p ...


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
...hmm..kalo $$$ byk,of course shopping! LOL


26.Makanan Barat atau Jepun :
...Depends on my mood...

27.Bilik yang terang atau gelap:
...yg sedang2...

28.Makanan segera adalah :
...roti + butter...


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
...Assalamualaikum...


30.Siapa yang anda nak Tag?
...tk pikir lg...

Regards,
Cik Nad.