Friday, July 31, 2009

Kelebihan Bulan SYAABAN.

Tersebut di dalam KItab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada RASULULLAH S.A.W kali keduanya,katanya : Ya MUHAMMAD,gembirakanlahku bahawa ALLAH SWT telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukanNYA sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu RASULULLAH pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit yang pertama,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat,Malaikat menyeru bagi orang yang berzikir malam ini.

Pada pintu langit yang kelima,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan ALLAH SWT pada malam ini.

Pada pintu langit yg keenam,Malalikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh,Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta,maka dikurniakan permintaan itu.

Pada pintu langit yang kelapan,Malaikat menyeru :Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya?Aku bertanya kepada Jibril,sampai bilakah terbuka semuanya pintu ini (diterima doa) jawab Jibril : sehingga naik fajar subuh.Dan katanya lagi : Pada malam ini dimerdekakan hambaNYA yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing).

Dalam suatu riwayat yang lain pula bahawa ALLAH memerdekakan hambaNYA daripada neraka sebanyak bintang-bintang di langit dan sebanyak hari dunia dan malamnya.Pada malam inilah dihantarkan ALLAH akan Jibril ke syurga untuk menghiasi Syurga.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jaelani di dalam Ghaniah : Bahawa Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat,begitu juga pada malam Lailatulqadar mereka tidak tidur,dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya.Dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan beribadat,kerana mereka tidur pada malamnya.

Telah disebutkan empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) ; iaitu malam Nisfu Syaaban,malam Raya Fitrah yang pertama,malam Raya Aidiladha yang pertama dan malam Arafah.Disembunyikan malam Lailatulqadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka,supaya sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh hari terakhir daripada Ramadhan umat MUHAMMAD berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya.Demikian pula waktu mustajab doa pada hari Jumaat.Demikian pula disembunyikan (nama ALLAH yang teragung) di dalam Asmaul-husna yang amat mustajabkan doa kerananya.

Sama-samalah kita menghayatinya..

Regards,
Cik Nad.

No comments: