Monday, September 28, 2009
PERCAKAPAN MUSA A.S DENGAN TUHAN
berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.
Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya
selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah,
nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.
Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu
Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh
penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.
Wednesday, September 23, 2009
AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT
tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan
keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang
sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil
gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu.
Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu,
aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana
menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya
semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku
tidak."
Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is
kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat
gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke
sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh.
Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan
terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh
tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas
bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh
itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang
yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun
berada di situ."
Saturday, September 19, 2009
SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA
untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad
bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu
panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak
merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan
keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anakanak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku
untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah
berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan
tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan
tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah
memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta
sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada
yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku
untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga,
maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya
sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang
harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati
syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi
Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya
mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai
Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya
sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di
dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku
rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan
berjumpa dengan anaknya di syurga.
Friday, September 18, 2009
Mengharapkan Ramadan berpanjangan.
Hari ni merupakan Ramadan yg ke 28 bersamaan dgn hari Jumaat,penghulu segala hari..hari ini juga adalah suatu hari yg sgt dingin..dan terik matahari hanya menjengah sekejap diampaian rumahku.
Betapa pantas hari berlalu,sehingga Syawal bagaikan merengek utk menggantikan Ramadan.Buat pertama kalinya,hatiku kosong apabila terdengar lagu2 raya di corong radio..seolah tidak berperasaan!ternyata keinginan aku bknlah syawal..tapi,Ramadan.Ternyata Ramadan kali ini memberi kesan padaku..'pelbagai kesan' semestinya.
Aku persoalkan hati ini,apa mahuku?apa nawaitu ku?apa matlamatku?dan segala jenis soalan yg bermula dgn 'APA'?Segala puji bagi ALLAH,junjungan besar Nabi Muhammad Saw..keluarga Baginda,para sahabat Baginda,para Nabi¶ Rasul,para Anbia dan Kedua Ibu Bapaku..aku telah diberikan jalan olehNYA utk menetapkan setiap jawapan kpd segala persoalanku.ALHAMDULILLAH syukur.
Pelbagai kejutan yg berlaku padaku sepanjang Ramadan yg mulia ni,tetapi hati ini sgt tenang tanpa sebarang gundah ( thanx to my therapist ).Aku hanya mampu tersenyum..tidak berminat utk mengeluarkan kata2 'sumbang' di alam maya..dimana bagiku satu perbuatan yg bacul!
~ " Ku mohon maaf dari kalian,andai tidak di sambut dgn bibir yg lembut..maafkanlah di dalam hati,aku bukan Maksum..jauh sekali Malaikat!berhati-hatilah dgn kata-kata dan perbuatan,kerna nyawa tiada ganti.Ku doakan agar semua makhluk bergembira dgn kehadiran Syawal,walaupon ahli sufi meratapi pemergian Ramadan.Semoga ALLAH selamatkan kamu! " ~
Salam Aidilfitri,
Cik Nad
Thursday, September 17, 2009
10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.
Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa akutelah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orangmusyrikin.·
Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamudengan penghidupan yang baik.
Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan haknescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku,membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Kudan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau sukaterhadap dirimu sendiri. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anakkeluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "SesungguhnyaAllah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. danAllah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."
Wednesday, September 16, 2009
BATU-BATU YANG ANEH
HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
Tuesday, September 15, 2009
MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Monday, September 14, 2009
KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,
menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,
maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah
engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal!
Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan
makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang
bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku
adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun,
dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku
adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah
engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku
adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat
jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu
mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi
musnah.
Sunday, September 13, 2009
TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itudigunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minumdaripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orangyang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannyabaik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan olehorang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalumendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yangmengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkanajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telahmati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Saturday, September 12, 2009
KISAH BUMI DAN LANGIT
Tuesday, September 8, 2009
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.
Monday, September 7, 2009
KISAH LIMA PERKARA ANEH
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi
yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang
hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada
suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna
hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan
pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak
dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.
Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan
mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu
keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian
dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi
ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,
"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit
tetapi pada akhirnya jika
bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun
akan menjadi lebih manis
daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap
akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat
kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi
membantu kepadanya meskipun kau
sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang
sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri
kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan
kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak
pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala
yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang
kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia benar.
Sunday, September 6, 2009
" there's something wrong! "
Kdg kala terdetik di hati ini,adakah aku seorg manusia yg baik?anak yg baik?sepupu/saudara yg baik?sahabat yg baik?kawan yg baik?senang citer semua yg baik2lah?mungkin juga semua tk baik ttg aku?Maha Suci ALLAH,aku tak tau semua itu..
Lately terasa asing,tk semesra bagaimana suatu ketika dulu..persekitaran seolah-olah menghunus hati yg telus ini dgn belati yg amat tajam.Aku muhasabah diri,aku persoalkan hati aku..apa yg tk kena?atau mereka yg nk 'mengenakan' aku.Firasat yg telah dianugerahkan berdetik.." there's something wrong! "..aku buntu,apa sebabnya?adakah penyebabnya aku?semua serba tk jadi.Maha Suci ALLAH yg mengetahui tentang segala-galanya..pd usia hampir 25 tahun ni,pelbagai perkara yg aku dah 'redha'.
Aku tk mengharapkan org dtg bermaafan dgn aku,kerna aku tk tau apa 'pokoknya'..?Sehabis baik aku menyerahkan sekeping hati ini utk aku kongsikan.Aku tk mendambakan selonggok RM sebagai balasan.Kenapa sekeping hati ini dilukai?bukankah 'hati' ini yg selalu mendamaikan 'hati-hati' yg lain?wahai sekalian makhluk,aku bkn Malaikat,aku bkn Maksum!aku adalah aku,diri aku,tentang aku!
Siapa yg patut aku Carutkan?
Regards,
Cik Nad
AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."
Wednesday, September 2, 2009
Saat wafat Nabi Muhammad s.a.w
Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah.
Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku.
Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius.
Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.
Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini." Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa.
Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedang kan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi:
Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?
Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?
Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum.
Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir." Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun.
Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30). Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri.
Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144) Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah.
Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia.
Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah." Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing.
Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az." Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal?
Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra." Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW." Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
Tuesday, September 1, 2009
Aishah difitnah
AISHAH binti Abu Bakar dilahirkan pada Tahun 614 Masihi di kota Mekah. Ayahnya adalah Abu Bakar As-Siddiq dan ibunya adalah Ummu Ruman binti Amir.
Antara adik-beradiknya, yang terkenal adalah Asma binti Abu Bakar dan Muhammad bin Abu Bakar. Abu Bakar as-Siddiq merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan merupakan orang kanan nabi Muhammad. Aishah telah bernikah dengan nabi sebagai isteri ketiganya selepas Khadijah binti Khuwalid dan Saudah binti Zamah.
Aishah adalah seorang tokoh wanita yang tersohor pada zamannya. Beliau sangat bijaksana, cerdik dan fasih dalam pengucapannya.
Aishah menjadi rujukan dalam bidang ilmu teologi dan hukum agama kerana beliau berpeluang mempelajari banyak ilmu melalui nabi sewaktu menjadi isterinya.
Aishah mendapat gelaran 'as-Siddiqah' kerana Allah telah menguji kejujuran, kepercayaan dan kesucian beliau dalam satu peristiwa. Beliau juga mendapat gelaran Humaira yang bermaksud mawar merah kerana paras rupanya yang cantik dan menawan.
Aishah menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang membentuk pelbagai aspek masyarakat Islam pertama di kota Madinah. Antaranya adalah perubahan arah kiblat dari Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah. Beliau juga terlibat dan menyaksikan peperangan Badar, Uhud dan Khandak di antara pihak Islam dan pihak bukan Islam Quraisy.
Aishah membantu pihak Islam dengan membawa minuman dan merawat luka tentera Islam yang cedera. Keberanian dan kecekalan Aishah di medan peperangan harus menjadi panduan kepada generasi remaja pada hari ini untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar.
Setiap kali nabi memulakan sesuatu ekspedisi peperangan, beliau akan membawa salah seorang isterinya untuk menemaninya dengan menggunakan undian.
Aishah terpilih untuk menemani nabi dalam ekspedisi peperangan terhadap Bani Mustaliq. Sewaktu pulang ke kota Madinah, rombongan nabi telah singgah di satu perhentian untuk berehat seketika pada waktu malam.
Aishah keluar dari kawasan khemah untuk membuang air. Ketika pulang semula ke kawasan khemah selepas membuang air, beliau mendapati rantainya hilang.
Aishah berjalan semula ke tempat beliau membuang air untuk mencari rantainya. Setelah mencari untuk jangka masa panjang, rantai itu berjaya ditemuinya.
Apabila pulang semula ke kawasan khemah, rombongan nabi sudah beredar tanpa mengetahui Aishah tiada dalam rombongan mereka. Aishah tidak panik atau berasa takut kerana tahu rombongan itu akan kembali jika menyedari dirinya tiada dalam rombongan mereka. Beliau menyelimutkan dirinya lalu baring sambil menunggu rombongan nabi berpatah balik. Namun tiada siapa yang datang sehingga Aishah tertidur dengan nyenyak.
"Kasihan! Isteri nabi ditinggalkan seorang diri di sini." jerit Safwan bin Muatal yang lalu di kawasan Aishah sedang baring pada keesokan hari.
Aishah yang terkejut dengan jeritan itu bangkit dan menutup mukanya dengan selimut. Safwan membawa untanya lalu mendudukkannya sebelum beredar jauh dari Aishah.
Safwan menarik unta yang ditunggang oleh Aishah dengan pantas menuju ke Kota Madinah. Kepantasan Safwan menarik unta itu menyebabkan Aishah tiba di kota Madinah tidak berapa lama selepas ketibaan rombongan nabi.
Abdullah bin Ubay, Mistah bin Athathah, Hassan dan Hamnah, sepupu Zainab binti Jahsy berpakat memfitnah Aishah bahawa beliau berlaku curang dengan Safwan. Khabar fitnah ini bertiup kencang di Kota Madinah sehingga tiba di cuping telinga nabi.
Nabi menjadi bingung mendengar berita ini dan mula bersikap dingin terhadap Aishah. Beliau mula merasakan perubahan pada diri nabi terhadapnya sehingga beliau meminta izin nabi untuk pulang ke rumah ibu bapanya buat sementara waktu.
Apabila Aishah pulang ke rumahnya, ibu sepupunya memberitahu khabar fitnah itu kepada beliau. Aishah terkejut dan menangis tersedu-sedu sehingga terasa jantungnya berdegup dengan begitu kencang.
Beliau berlari ke rumah untuk mengadu pada ibunya tentang fitnah yang dilemparkan pada dirinya. Ibunya menasihatkan agar tidak sedih dengan khabar fitnah itu kerana wanita cantik yang dicintai suaminya dan menjadi madu sentiasa menjadi buah mulut orang.
Nabi yang gelisah menemui Ali dan Usamah bin Zaid untuk bertanya pendapat mereka. Usamah tidak percaya langsung pada fitnah yang dilemparkan pada Aishah. Ali mencadangkan agar bertanya pada pembantu Aishah tentang perkara itu.
Pembantu Aishah menyatakan tuannya adalah seorang wanita yang baik. Akhirnya nabi mengambil keputusan untuk berjumpa isterinya untuk menjelaskan perkara sebenarnya kepadanya.
"Aishah, kamu sudah mengetahui tentang apa yang dikatakan oleh orang ramai. Takutlah kamu pada Allah jika kamu telah melakukan sesuatu kejahatan seperti yang dikatakan oleh orang ramai. Bertaubatlah kepada Allah kerana Allah menerima segala taubat hambanya."
Aishah menjadi marah dan menoleh ke arah ayah dan ibunya. Namun tiada jawapan yang keluar dari mulut mereka. Beliau mula menangis dan berkata, " Kamu semua telah mendengar segala-segala-galanya tentang diri saya dan mempercayainya.
"Saya tahu jika saya memperakui apa yang dikatakan oleh orang ramai walhal Allah mengetahui saya tidak bersalah, bermakna saya memperakui sesuatu yang tidak benar.
"Namun sekiranya saya membantah apa yang mereka katakan, kamu semua tak akan percaya.
"Saya hanya boleh katakan apa yang dikatakan oleh ayah nabi Yusuf, maka sabar itulah yang baik dan hanya Allah tempat meminta pertolongan atas segala yang kamu lakukan."
Keadaan menjadi sunyi sepi. Apakah yang akan berlaku? Tiba-tiba wahyu turun ketika nabi hendak meninggalkan rumah Abu Bakar. Wajah nabi penuh dengan peluh walaupun pada ketika itu cuaca begitu sejuk.
Semua yang hadir di rumah itu senyap dan menarik nafas panjang. Setelah wahyu habis turun, wajah nabi kelihatan gembira.
"Allah telah menurunkan wahyu membuktikan kesucian kamu!" kata nabi yang kemudian membacakan 10 ayat dari surah al-Nur 11 ayat 26.
Turunnya ayat ini menunjukkan Aishah dan Safwan bersih daripada semua tuduhan yang dilontarkan kepada mereka. Nabi merupakan orang yang paling baik dan sudah pasti wanita yang paling baik pula yang menjadi isterinya.
Aishah meninggal dunia pada zaman khalifah Muawiyah ketika berusia 67 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Jannat al-Baqi seperti wasiatnya. Jenazah beliau dimakamkan oleh Abu Hurairah yang menjadi Gabenor Mekah pada masa itu.