Assalamualaikum...
Entah kenapa aku rasakan biasa,seolah-olah esok adalah hari yg biasa aku tempoh.Semasa aku bersiram ptg td,aku tau apa yg ingin aku coretkan dlm blog ni..walaupon aku tau tiada yg luar biasa,tp mungkin kerna esok adalah hari yg baru..minggu yg baru,bulan yg baru dan tahun yg baru!
Ketika ini aku berada di 'Syurga' dunia...aku rasakan ketenangan utk menulis semahunya.Kurang dari 2 jam 30 minit jarum jam akan menunjukkan bahawasanya kita sudah pon menginjak kpd jam 12 mlm bersamaan 1 Januari 2010.Bermulalah saat,minit,jam,hari,minggu,bulan dan tahun baru!
Aku di tanya oleh beberapa org tentang azam pada tahun 2010.Aku hanya mampu tersenyum tanpa bersuara.Soalan yg sama kedengaran semasa sdg menjamu selera bersama mommy tghari tadi..dan secara spontan aku menjawab " i don't have any resolutions for next year! "...my mom asked " why? "...and i said," because i don't have any..".For me,there's no point kalo ko ada azam,tp ko tk berusaha ke arah itu.Yg selalu aku dgr tentang azam di awal tahun..masuk bln Februari,vocab 'azam' pon hilang entah ke mana..kejadah haram apanya camtu?!!aku bkn berfikir negatif..tetapi hanya menerima kenyataan hidup.
Apa yg penting kita mestilah selalu berwaspada dan sentiasa memperbaiki diri dan hidup.Seperti biasa,aku hanya mengingatkan diriku.
Semoga kalian sentiasa bermuhasabah diri dan berbahagia.
ALLAHUAKBAR!!!
Regards,
Cik Nad.
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W
Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan
menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu
Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini
tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap
Rasulullah S.A.W.
Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada
kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali
membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka
hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia
mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu
sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk
dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah
kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya
atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orangorang
Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."
Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang
menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi
Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga
Muhammad. Teruskan niatmu."
Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar
kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan
Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad
S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka
selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan
agama Islam di kalangan mereka.
Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira
perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W
berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk
membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha
Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali
membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.
Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun
terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W
bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan
dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa
orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya
ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu
di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W.
Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi
Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum
sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad S.A.W pecah dan
tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum QUraisy
akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh
nombor satu mereka.
Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya
Rasulullah S.A.W baru sahaja sampai dan hendak mengerjakan
sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak menyedari akan
kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah
terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari
itu.
Sebaik sahaja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula
bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke
arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati,
setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda.
Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas
bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah
engkau hai Muhammad."
Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan
menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke
belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi
merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya
yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh,
tercengang dan saling berpandangan.
Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan
kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera
menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih
terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak
sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya
bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal?
Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad
ketika dia sedang sujud tadi?"
Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan.
Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan
menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba sahaja diam membisu.
Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru
menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya,
malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang
menimpa dirinya.
Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W
pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda
bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak
berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor
harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.
Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai
soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk
pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad
hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta
yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah
melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan
niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku
berundur dan membatalkan niatku."
Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu,
mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak
membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata sahaja. Orang
yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W
dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu,
maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan,
"Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami
memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang engkau
katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."
Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang
diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa merekareka
cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya.
Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.

Sunday, December 27, 2009
7 Ayat Cinta
1.Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulillah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquwataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Tuesday, December 22, 2009
Keistimewaan Hari Aasyura (10 Muharram)
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hariAasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.
"Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W,adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura,menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Sunday, December 20, 2009
KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA'
Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya.
Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta
sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang
miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan
kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah
saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging
dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi
janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh
si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas
waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak
memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan
penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian
sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si
miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah
saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan
kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik
mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi
sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima
ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang
dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada
keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia
mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah
bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut
emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan
warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik
ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan
sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu
dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang
dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat
semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa
ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari
Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang
diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi
serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang
Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan
dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W.

Tuesday, December 15, 2009
Monday, December 14, 2009
BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk didalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup,Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup...!
*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

Saturday, December 12, 2009
HIKMAH BERDIAM DIRI
Assalamualaikum wbt…
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH ,
TIDAK SALAH.YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Friday, December 11, 2009
Sekadar terlintas...
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Betapa hari ni hari yg indah bg Penghulu segala hari..hari Jumaat.Semoga sekalian yg bernyawa menikmati moment yg terindah dlm hidup.Alhamdulillah,tiada perkataan yg seindah perkataan itu..aku lahirkan tanda kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT.
Nukilan kali ini santai2 aja..sekadar polish skill menaip dan hanya melontarkan apa yg terlintas.Masih lg muhasabah,motivasi,positif pada diri sendiri.Segalanya menggunakan 'AKAL'..yg telah di sempurnakan oleh ALLAH TAALA.
Ternyata tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya..dan pelbagai perkara yg terbaik yg berlaku dlm hidup aku sepanjang tahun ni,pelbagai pengalaman,pelbagai destinasi yg menjadi saksi,pelbagai peristiwa yg menyentap rasa,pelbagai pemandangan di lewati dan semuanya menjadi lipatan sejarah di alam fana ini.Hanya satu perkataan yg selayaknya utk semua ini iaitu SYUKUR.
Aku tau setiap yg berlaku ada hikmah dan rahmat,aku hanya seorg manusia yg senantiasa mencuba utk memperbaiki kesilapan,kelemahan dan segala yg berkaitan dgnnya.Marilah bersama-sama memohon kpd PENCIPTA agar hidup kita aman dan sejahtera.Kejarlah 'harta' dunia & akhirat supaya menjadi seimbang..jgn lah terlalu alpa dengan kisah dongeng di atas muka bumi.Lakukan selagi engkau mempunyai nafas dlm tubuhmu.Dan aku sekadar mengingatkan diriku dan pada mereka yg sealiran dgn langkahku..Terima Kasih ALLAH.
Dan aku selalu mendoakan kebahagiaan kalian...masih ada masa utk kau berfikir wahai polan dan si polan.
Wassalam.
Regards,
Cik Nad

Thursday, December 10, 2009
BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI
Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala
keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya
untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga
diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan
kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada
sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi
dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk
dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja,
"Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan
mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja
menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan
tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin
menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja
itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan
jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Tuesday, December 8, 2009
NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu
datang untuk menjemput rohnya.Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih
dan menangis.
"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.
"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut
menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak
boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus
berzikir memuji Allah," jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda
pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir
sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata
kerana ingin berzikir kepada Allah.Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang
hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir
kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

Sunday, December 6, 2009
KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu.Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusiraku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yangmaksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Thursday, December 3, 2009
TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku,Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takutkepada-Mu."Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dariapi neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya.(Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa ituakan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa,supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umatMuhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. BerkataJibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril,Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka dikalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Wednesday, December 2, 2009
Fadhilat jadi Isteri!
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Tuesday, December 1, 2009
PAHLAWAN NERAKA
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya,lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan,katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku.Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat oleh Luqman Hakim.

Subscribe to:
Posts (Atom)