Sunday, January 31, 2010
KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung
dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus
untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai
gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai,
ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk
diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah
batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh
cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s
bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan
cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah.
Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang
tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih,
tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia
menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah
mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudarasaudaraku,
Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang
ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh
Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak
menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu
itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa.
Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku
tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Wednesday, January 27, 2010
Seperti Biasa
Alhamdulillah hidup seperti biasa,bernafas juga seperti biasa..( kdg2 rasa bersarang gak dada ni..di sebabkan kepulan asap yg tebal2..hehe.. ) persekitaran seperti biasa dan boleh dikatakan segalanya seperti biasa!
Yang luar biasa dlm hidupku ialah perkerjaan yg baru aku jalani iaitu seorg jurujual kpd produk ' CARIKATA E-Kamus '.Sebuah produk keluaran anak tempatan n YES..am proud of it!apa yg boleh aku ckp,produk ni bkn semata-mata kamus tetapi...PELBAGAI..n its worth it!Syukur ke hadrat ALLAH SWT...sambutan yg baik terhadap produk ni..( modal kecik,so pelan2 la kan ;p ) kpd u all kalo nk mengetahui dgn lebih lanjut lawatilah www.amanizcarikata.com utk mendapatkan info ttg produk serba guna ni.Ianya adalah sebuah perisian/software dan dibekalkan 3 user/maknanye bole install 3 kali.
Satu perasaan yg hebat bila hari2 aku bangun pagi utk pegi keje :-) excited sgt nk carik $$$,tp bukanlah jd hamba padanya.Aku selalu muhasabah diri dan sgt yakin dgn rezeki ALLAH TAALA.Buat sales ni bkn hari2 berhasil...Yg plg penting keSABARan!So,bila ada extra money tu kena la menyimpan..kalo tk,end of the day melopong la..hehe..kalo duit setinggi gunung pon,hari2 tarah..rata babe!so kene la beringat.
Yang pasti aku menyampah dgn tajuk2 utama daily newspaper lately..cam gampang je!bak kata pepatah " kerana mulut badan binasa "...
" Banyakkanlah Beribadat seolah-olah kamu akan mati esok,bekerjalah sesungguhnya seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi " sabda NABI SAW....
Aku sentiasa mendoakan sekalian makhluk yg bernyawa menikmati moment yg terindah dlm hidup dan sentiasa berbahagia+bergembira dan saling memaafkan!Wassalam....
Regards,
Cik Nad
Friday, January 22, 2010
KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN
telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-
Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau
orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang
banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia
dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari
siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua
dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam
kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya
sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah
orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau
sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang
telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap
soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil
takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan
dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.Seseorang itu tidak akan
dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya
dan begitu juga seterusnya.
Wednesday, January 20, 2010
Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab
Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”
(Bukhari)
Huraian:
Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar).
Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.
Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.
Thursday, January 14, 2010
MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang
menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat
kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai
Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku
seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk
seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu
Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada
Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah
berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau
pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang
memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda
itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat
tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa
pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun
berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang
pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat
melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk
di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi
pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini
Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai
Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam
hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi
Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji
sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga
perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai
dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia
inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta
kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan
dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan
mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada
kubur."
Friday, January 8, 2010
Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
Beliau sangat gagah ketika bertempur di medan perang ibarat seekor singa yang garang. Semua musuh yang datang akan ditentang dan dibunuh habis-habisan.
Anas pernah melakukan kesilapan pada masa lampau iaitu tidak dapat bersama Rasulullah untuk pergi berjuang di medan peperangan Badar. Apabila mengenang kembali zaman yang lampau itu, beliau betul-betul terasa menyesal dan ingin menebus kembali kesilapannya itu.
Anas ingin terus berjuang menentang musuh pada peperangan yang akan datang. Betapa bersungguh-sungguhnya niat Anas itu, sehingga beliau menemui Rasulullah dan berkata: "Saya tidak menyertai engkau, ya Rasulullah ke medan perang Badar, sewaktu mula pertama kali engkau berhadapan dengan musuh Allah. Sekarang saya berhasrat benar, semoga nanti Allah akan memperkenankan saya memerangi kaum musyrik dan membuktikan betapa besarnya keimanan saya".
Apabila sampai masanya, pergilah Anas bersama-sama tentera Muslimin ke medan pertempuran di Bukit Uhud. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy.
Mereka saling berasak-asak, tikam menikam, panah memanah, sehingga lari bertempiaran musuh-musuh Allah itu dalam keadaan ketakutan. Di saat yang sangat kritis itu, Anas berteriak dengan suara yang lantang,
"Tuhanku, ampunilah aku daripada kesalahan yang telah diperbuat oleh mereka yang telah lari dan sucikanlah diriku daripada kekejian yang diperbuat oleh kaum Musyrikin."
Pada peringkat pertama, tentera Muslimin telah menemui kemenangan. Tetapi disebabkan kesalahan yang mereka lakukan iaitu dengan turun dari Bukit Uhud untuk mengutip harta yang ditinggalkan pihak musuh menyebabkan pihak musuh berpatah balik dan menyerang hendap mereka dari belakang.
Keadaan yang tidak bersedia ini menyebabkan tentera Muslimin ditentang habis-habisan.
Dalam keadaan begitu, Anas terus maju ke hadapan menentang pihak musuh yang datang secara mengejut itu.
Lalu beliau menghampiri Saad bin Muaz dan berkata: "Lihat ya Saad, itulah sayap-sayap syurga yang telah kelihatan. Aku telah mencium keharuman kasturinya di bawah tanah Uhud".
Anas sudah mengetahui bahawa ajalnya sudah hampir menjemputnya di perang Uhud. Beliau terdengar seolah-olah bidadari syurga sedang memanggil-manggilnya. Kemudian Anas terus mengayunkan pedangnya ke kiri dan ke kanan memerangi musuh sedaya upaya.
Ketika itu, Anas berada di tengah-tengah pasukan musuh dan api peperangan semakin hebat membakar. Tiba-tiba terdengar satu suara daripada tentera Quraisy mengatakan Rasulullah telah dibunuh.
Mendengar laungan itu, Anas menjadi lemah dan hancurlah hatinya. Malah menambahkan lagi hasratnya untuk syahid di medan peperangan. Beliau semakin marah dan terus menentang musuh sambil hatinya berkata, "Muhammad telah pergi dan tidak kembali lagi. Muhammad telah berangkat ke hadrat Tuhan-Nya, dan biarlah aku orang yang mulamula mengikuti jejaknya dan berjuang di bawah kibaran benderanya".
Setelah itu, gugurlah pahlawan Anas dengan luka-luka pada jasadnya lebih daripada 80 tempat kerana terkena pedang, panah dan tombak musuh.
Hancur berkecai jasadnya sehingga tidak dikenali lagi, kecuali adik perempuannya yang dapat mengecam mayat Anas melalui jari-jari tangannya. Begitulah nasib Anas bin Nadhar yang telah syahid sebagai pahlawan Islam yang berani.
Saturday, January 2, 2010
10 RAHSIA UNTUK HIDUP NAN INDAH……
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.
2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.
3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita yakni masih bernyawa untuk merasai kehidupan pada hari ini. Mari jadikan hidup penuh syukur.
4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.
5. SALING MEMAAFKAN
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.
6. BERKONGSI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan saling berkongsi. Berkongsi apa saja, suka dan duka bersama teman, berkongsi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.
7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.
8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.
9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka
10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal