Thursday, January 14, 2010

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang
menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat
kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai
Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku
seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk
seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu
Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada
Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah
berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau
pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang
memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda
itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat
tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa
pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun
berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang
pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat
melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk
di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi
pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini
Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai
Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam
hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi
Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji
sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga
perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai
dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia
inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta
kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan
dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan
mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada
kubur."

No comments: