Sunday, January 31, 2010

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung
dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus
untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai
gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai,
ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk
diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah
batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh
cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s
bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan
cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah.
Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang
tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih,
tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia
menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah
mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudarasaudaraku,
Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang
ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh
Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak
menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu
itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa.
Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku
tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

No comments: