Monday, November 2, 2009

24 jam yg sgt bererti sebelum&setelah menjengah ke angka 25!

Assalamualaikum,

ALHAMDULILLAH,segala puji bagi ALLAH serta junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW..kpd keluarga BAGINDA,Para Sahabat,Para Nabi&Rasul serta Para Anbia.Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kerna masih lg bernafas sehingga saat ini (2 nov/2.38 am)...sewaktu tercoretnya warkah ini aku dlm keadaan yg sedikit kepenatan dek kerana ' 24 jam yg sgt bererti sebelum&setelah menjengah ke angka 25 ' ..!!!

Aku di anugerahkan suatu perjalanan hidup yg tk selalunya indah,tak bererti aku tdk bersyukur atau pun kuat mengomel ttg suratan takdir.Dan aku juga di anugerahkan persekitaran yg seimbang bg membolehkan pemikiran ini 'dewasa' seiring dgn usia.YA!Usiaku telah bertambah semalam (1 Nov) dan angka tepatnya ialah 25 Tahun,atau dlm erti kata lain suku abad.

Sebulan sebelum hari semalam aku telah di minta agar mengosongkan jadual aku utk meraikan hari lahirku bersama para sahabat.Dan ALLAH telah memanjangkan usiaku agar hari semalam menjadi nyata.Aku telah di bawa ke sebuah hotel bertaraf 5 Bintang pada mlm sebelum hari lahirku.Hanya dua patah perkataan yg lahir dari hati yg plg dalam iaitu 'Terima Kasih' ku tujukan khasnya buat sahabat baikku sedari sekolah rendah iaitu Farah Diyana Ismail aka Fd dan kekasih hatinya Ungku Hafriz Izzat aka Apit kerana sudi meluangkan waktu emas kalian hanya utk bersama-samaku.Tak lupa juga kpd Ayg,Syanty&Hajar yg memeriahkan lagi keadaan utk hari yg tk sepertinya.Kpd yg menghantar sms/rakaman suara/mms/ym/fb..ku ucapkan juga terima kasih di atas ingatan dan doa kalian.Teristimewa utk keluarga yg sentiasa memberi sepenuh perhatian ku ucapkan juga sembah terima kasih utk segala-galanya!

Rasanya tk perlulah aku nyatakan hadiah jenis apakah yg aku dpt,tetapi Perasaan yg aku rasa itulah yg terpenting bg melalui hari semalam.aku terharu/terkesima/terkejut dan segala mcm 'TER'...kerana masih ada insan yg sudi menghargai hari kejadianku!Aku terfikir..Apa lagi yg aku mahukan?apa lg yg aku harapkan?APA LAGI?Segalanya telah melengkapkan 'hari' itu.Hargailah setiap jenis perhubungan yg ada.Sesungguhnya tidak ada tolok bandingnya walau di gantikan dgn setinggi gunung jongkong emas jika mahu di bandingkan.Hargailah setiap detik dan saat,kerana itu adalah pengalaman dan memori indah yg tk mungkin luput dlm ingatan!

Ku sudahi dgn kalimat ALLAH memberi selamat ke atas kalian!

Yakiniku,
Cik Nad

No comments: