Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal uang 8 dirham,
Baginda hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga
sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis.
Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa
musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak
yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut
didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk
menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau
bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa
langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang
siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak."
Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi
dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela
kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.
Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi
beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua
dirham tersebut mengadukan persoalan, bahwa dia takut pulang. Ia khuatir
akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu
nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim
diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap
rakyat jelata. Dengan senang hati Baginda hantarkan perempuan tersebut ke
rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Baginda ucapkan salam. Sekali,
dua kali belum ada jawapan. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni
rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan.
Ketika ditanya kenapa salam Baginda tidak dijawab, pemilik rumah itu
mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah
dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud
kedatangannya. Beliau menghantar perempuan yang menjadi budak tersebut
kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika
perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima
hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah itu penghuni rumah terkesima.
Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda
Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini
merdeka kerana Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar
pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat
keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata,
"Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada
delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang
ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan
seorang budak belian."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada
masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah
berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahawasanya Allah menolong hamba-
Nya, selama ia menolong saudaranya."
No comments:
Post a Comment